180 Darjah

1.12.16
180 Darjah | Assalamualaikum. Hidup kita ni boleh berputar 180 darjah. Bagaikan roda, ketika selesa di atas, tetiba berada di bawah. Tak sesiapa tahu melainkan Dia. Begitulah hidupku. Secara tiba-tiba, tanpa aku sedari aku hidupku berputar 180 darjah. Memang setiap jalan cerita dan keputusan semuanya terpulang kepada aku. Tapi, siapalah aku untuk melawan rencanaNya.

Siapa sangka kan? Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ketika aku jatuh, barulah aku tahu siapa yang sudi menghulurkan bantuan. Siapa yang akan membisikkan kata-kata semangat. Siapa yang akan berada di sisi. Ke mana hilangnya kawan-kawan di waktu bergelak ketawa ketika kita meratap kesedihan?



Aku terima ujianNya. Aku terima dengan redha. Sekurang-kurangnya, Dia memberiku petunjuk sebelum keadaan menjadi teruk. Sekurang-kurangnya Dia memberi aku peluang untuk memperjuangkan diri ini. Sekurang-kurangnya, dia menunjukkan aku siapa kawan yang sebenar. Sekurang-kurangnya perkara yang berlaku menguatkan ikatan keluargaku. Sekurang-kurangnya dia betul ikhlas mencintaiku.

Siapalah yang tak sedih, lain yang diharapkan, lain yang menjadi. Lain orang yang kita bergantung harap, lain orang yang menghulurkan tangan. Tapi, indah rupanya rencanaNya. Bagaikan pelangi selepas hujan, aku dapat menarik nafas lega di samping keluarga dan orang yang aku cintai.


Walaupun belum lagi menemui ‘nafas’ yang baru, aku bersyukur kerana hadirnya insan-insan yang bertungkus-lumus membantu ketika aku putus asa. Mungkin ini tempoh rehatku untuk aku menempuh ujian-ujianNya di masa hadapan. Terima kasih atas kenangan manis dalam pahitnya Ya Allah. Terima kasih kepada yang sentiasa bersama dan memberi kata-kata semangat kepadaku. Anda tahu siapa anda.

You Might Also Like

9 comments

  1. SubhanAllah..lantaran itu percaya dan yakinlah setiap titisan air mata...setiap remuk rasa..tidak sia-sia..Allah sedang mahu menunjukkan dan memberi sesuatu yang paaaaaling berharga..apa pun kak PC sentiasa doakan zizie sentiasa tabah..

    ReplyDelete
  2. yes darl, hnya msa susah akan nmpk sepa yg akan stay dgn kita dan org2 tu la yg kita perlu hargai spenuh nya =)

    ReplyDelete
  3. Kak Zizie. Dont be sad, :) anggap la setiap yang berlaku sebagai ujian dan ada hikmah yg kita tak tahu :)

    ReplyDelete
  4. dah kenapa zie..lohh k.el xtau pape pun
    tp lama gak lah x dengor cite zie ni haa
    meh meh sini k.el bagi pinjam bahu
    jom p pesta..:)

    ReplyDelete
  5. Selalu bertawakal dan bersyukur...dunia hanya sesaat...akhirat adalah kebahagiaan yang panjang dan indah.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar..

    sabar ye zizie.. Moga terus tabah menghadapi ujian dariNYA.. Pegang satu kata "Allah sentiasa ada untuk kita"..

    ReplyDelete
  7. sabar ya. semua berlaku mesti ada hikmah. :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.