Susahnya Tak Ada Smartphone Apabila…

21.11.15
Susahnya Tak Ada Smartphone Apabila…|  Dua minggu zizie hidup tanpa smartphone sebab handphone zizie dihantar ke kedai. Selama dua minggu tu, zizie tak berhubung langsung dengan kawan-kawan yang jauh dari zizie. Hidup pergi balik kerja aje. Nak tahu berita semasa semuanya bergantung kepada berita kat TV. Surat khabar tak adalah sebab memang tak beli surat khabar dan kat ofis pun tak ada provide surat khabar.

Bila difikirkan balik, tak susah pun kalau tak ada smartphone. Tapi , susahnya tak ada smartphone apabila…

Terlalu bergantung kepada social messaging

Bagi yang ada smartphone, cuba jawab dengan jujur. Sekarang ni, korang prefer berhubung macam mana dengan kawan korang? Whatsapp, wechat, line, telegram, IM atau MESSAGE? Rasanya, kebanyakkannya prefer whatsapp. Kalau dah dapat wifi atau data internet dah boleh sok sek sok sek kat social messaging tanpa had kan. Tapi, sedihnya bila kau dah tengok last seen kawan kau tu 2 minggu lepas, whatsapp kau tak di-reply, kau tak reti nak call? Kau tak reti nak message? Kalau rasa sangat call tu menghabiskan kredit, message ajela. Lepas tu, mulalah keluar ayat, “Kau yang tak reply whatsapp aku.” *facepalm*

Membuak-buak nak update status

Bila tengah training ni, banyak pulak masa terluang kat ofis. Kekadang otak ni fikir banyak benda and then rasa nak luahkan apa yang difikirkan tu kat facebook or twitter. Tapi, apakan daya. Smartphone tak ada. Internet tak ada. Wifi tak ada. Apa pun tak ada. T____T So, zizie luah kat roommate zizie yang mana zizie pun tak sure dia dengar ke tak sebab roommate zizie jenis main phone masa orang tengah sembang. Huhu. Terasa sangat macam miss lonely.

Lingkup bisnes aku!

Demi menampung diri sendiri, zizie ada buat bisnes online. Segala info pasal bisnes tu semuanya dalam smartphone. Macam mana lah nak update pasal bisnes, customer whatsapp tanya barang ada stok ke tak (rujuk semula point pertama). Huwargh! Lari customer aku. Takpelah, zizie pasrah sebab tak ada rezeki kan.

Update blog

Last but not least, my lovely blog. Kat rumah sewa tak ada internet. Kat ofis pun zizie baru dapat desktop 3 hari lepas. Official email account pun tak settle lagi sebab internet kat ofis kena masukkan id account baru boleh access. Kepala hotak masa tu terfikirkan apalah nasib blog aku yang pageview memang dah merosot seadanya, makin teruk jadinya. Tambahan, rindu nak baca opinion my readers yang ada kalanya boleh tahan sengal. Dan, tengoklah hasil tinggalkan blog ni selama dua minggu!




Rasa nak facepalm kan diri sendiri jugak bila rasa macam tu bila tak ada smartphone kan. Padahal, dulu-dulu boleh je hidup tanpa smartphone. What happened to the world nowadays? Zizie tinggalkan korang dengan video ini.


You Might Also Like

29 comments

  1. akak.. pun tak de smartphone sis sejak 9/9 lalu.... sampai sakng lum beli lg.... nk tangkap gmb pinjam smartphone husband then Bluetooth...

    ReplyDelete
  2. kalau cuti yana biasanya letak merata je smart phone

    ReplyDelete
  3. fon dya pun skrg kt kedai..mmg agak sush sebenarnya sbb pape cntct melalui whtsapp..skrg ni cntct melalui fb je lah..tu pun on gne latop

    ReplyDelete
  4. haha rasanya almost everyone mmng setuju tak boleh hidup tanpa smartphone especially me. -.-

    ReplyDelete
  5. Betul..rasa lain.sangat..mungkin sejarang snart phone satu keperluan bukan sekadar untuk berhubung malah untuk kerjaya juga..

    ReplyDelete
  6. sekrang ni memang susah xda phone, sampai tahap kena beli trus phone klu hilang or rosak.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. huwaa i iz kenot live without my smartphone huhuhu. kalau internet freak mcm sy mmg meraung kot huuhu

    ReplyDelete
  8. Risau juga dgn teknologi sekarang spt smartphone. Kes Zizie ni mmg membuka mata kita, sebenarnya kita bergantung kpd smartphone.. Kes berat ni..huhuhu

    ReplyDelete
  9. patutla dah lama akak tak bukak blog, huhu. smartphone zaman sekarang ni mmng penting. kalau takde benda tu kat tangan boleh meroyan dah

    ReplyDelete
  10. kak zizie, mormor dah sebulan takde smartphone sebab fon kena rembat haritu, ni baru nak beli baru. hihi, memula tuu okwed gilaa takde fon, sekarang ni dh boleh adapt daa. not that bad laa. hik hik :3

    ReplyDelete
  11. susah woo. moi sehari je pun kalau boleh macam dying whale pfff

    ReplyDelete
  12. Salam singgah sini.dik....dulu lain sekarang dah lain...sekarang tak ada smartphone hidup jadi susah lah pula...hihi...

    ReplyDelete
  13. yup betul tu kak zizie. especially yg first. org zaman sekarang lebih prefer guna whatsapp drpd message. ina sendiri pun, nombor dah mati, tp ina contact org pakai whatsapp je

    ReplyDelete
  14. Betul. Kalau smartphone takde, akan memang susah sikit. Lebih-lebih lagi buat orang yang berbusiness macam Zizie ni. Kalau macam saya ni, takpelah. Takde orang nak contact pun. lol

    ReplyDelete
  15. memang susah hidup takdak smartphone nie sebab nak dapat maklumat terkini semua dari smartphone dan internet. hehehee

    ReplyDelete
  16. susah takde smartphone.. kak aiza pun update blog dan blogwalking guna smartphone juga.. semoga fon zizie cepat pulih..

    ReplyDelete
  17. Herm. My opinion, if org tu bercouple not single available :) maybe xbole kot if xdek smartphone. Yela, cmner nak bersocial d laman social kn. Biasela, life budak zmn skg. Hehehe. Untuk diri sy plak, sebab dh berkahwin, In Shaa Allah bole kalau xdek smartphone. Hehe! My opinion camtu la. Ngeeee.

    ReplyDelete
  18. Kalau hilang sekejap sahaja dah jadi kelam kabut dibuatnya. Maklumlah semuanya diletakkan dalam smart phone..

    ReplyDelete
  19. :(((( tak dapat bayang kalau qila takde phone oh tidakkkk

    ReplyDelete
  20. kak Sally mmg mati kutu masa phone rosak...tapi buat muka seposen kat bos..hihihi...

    ReplyDelete
  21. kesiannya adik zizie.. terputus hubungan. dh ok ke fon tu?

    ReplyDelete
  22. ssh gak kan.,
    nasib baik aku jenis yg xminat ngan gajet cangggih2 nih..,
    klu rasa nk online on pc jer., screen bsar., puas ati.,
    lain2 connection ngan nokia tourchlight aku ni jer la., hehe =)

    ReplyDelete
  23. dunia sekarang dah jadi macam keperluan plak smartphone dan internet

    ReplyDelete
  24. semua tu mmg betul zizie..KG akui sendiri klu takde smatpon mmg buat apa jer rasa kuranggggg saja..

    ReplyDelete
  25. kalau jd kak nina rsanya xboleh kalau tak ada fon dgn laptop. hehehe

    ReplyDelete
  26. saya banyak guna sebab bisnes, jadi memang susah kalau takde smartphone

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.