Ibu Tunggal “Didera”
27.11.15
Ibu Tunggal “Didera” | Kat entri yang lepas, zizie ada ceritakan yang
zizie bawa mak ke Perak. Mak pun seronok jugak dapat pergi ke rumah saudara
mara. So, angah beri green light untuk jaga ilma. Nasib baiklah mak ada so tak
adalah rasa seksa sangat nak uruskan Ilma.
Hari kedua mak di
Perak, kitorang ke rumah Pak Long di Simpang. Ilma pun zizie bawak sekali dan
dia tak nak pergi dengan orang lain. Kalau dia main dengan sepupu-sepupu dia
pun, nak juga zizie ada sekali di sebelah. Tak pelah, layankan ajela. Cuma bila
dia nampak zizie berdiri, meraung la dia. Tak boleh ditinggalkan! Sampai lunch
pun zizie rasa tak tenang dek si kecik ni. Kalau pergi rumah Pak Long ni,
memang best makanan yang dihidangkan. Kena pulak masa tu dorang buat lauk orang
kampung.. Ya Allah, terliur~ tapi, tak dapat makan betul-betul sebab jaga ilma.
Satu hal lagi perangai Ilma ni, dia tak suka
sangat minum susu formula. Kalau dengan opah dia, baru dia minum susu formula.
Alhamdulillah la dia nak minum susu formula walaupun kena berperang jugak
dengan budak ni. Mungkin sebab dah lapar sangat tu. Mata dah mengantuk pun dia
tak nak tidur tapi merengek nak suruh dukung. Awak tu dah la berat 9kg++! Berat
66 mung ni! Masuk kereta, barulah dia nak tidur. Ya Allah, rasa macam tak nak
kereta tu berhenti sebab nak budak tu tidur lama. Huhu. Maghrib tu barulah dia
jumpa Umi dan Papa dia. Fuh! Lega~
Esoknya pulak
makan-makan kat rumah sepupu zizie di Terung. Sama juga bawa si Ilma ni.
Nampaklah perubahan yang dia dah mesra sikit dengan sepupu-sepupu dia. Tapi!
Tetap nak zizie ada sekali. Adoyai. Nak menolong kat dapur pun susah.
Kemungkinan Ilma macam
tu sebab kat rumah dia dengan Umi dan Papanya saja. Bila jumpa orang ramai
macam ni, dia rasa segan dan takut. Umi dan Papa kena tambah lagi satu kot buat
peneman Ilma. Kekeke! Dua hari merasa menjadi ibu tunggal, ke sana ke mari
dengan si kecil comel ni. Walaupun di dera, rindu dengan kerenah dia. Harap
kalau dapat sorang anak macam ni, dah dapat handle with efficient. Chewah!
Kahwin pun tak lagi. Kah!
19 comments
singgah pagi jumaat
ReplyDeletehee. best kalau jaga budak-budak yang senang handle.. kalau yang banyak karenah, tercabut jugak anak tekak asyik menjerit-jerit. haha
ReplyDeletedia rasa insecure tu, percaya kat zizie je..hihi..blh kawin dah zizie
ReplyDeleteni kira latihan la zie..in sha Allah zizie boleh..amin :)
ReplyDeleteSaya pun pernah rapat dengan budak yang asyik nak berkepit je macam ni. Selalu ya saya layankan aje sebab tak selalu jumpa.
ReplyDeleteIngatkan betul2 kene dera tadi *jeling*
ReplyDeletebtw cantik Ilma :)
teringat kisah hidup mak saya dulu... huhuhu
ReplyDeletekak zizie ni ada daya tarikan yg membuatkan budak2 suka kat akak. hahaha :p layankan aje diorang ni. nanti2 dah besar mesti duirang dah semanja mcm sekarang ni :)
ReplyDeletebestnya la haii sume cute2
ReplyDeletehahaha.. ingatkan betol2.
ReplyDeletep/s: zizie kan dh ada kt utara ni.. kalau dtg penang bg tahu je. hehehe
kak nina, zizie lupa nk reply hrtu.. zizie kt area chemor.. ok.. no prob.. yeay ada tour guide.. hehe
DeleteDah kenapa semua kiut kiut belaka T.T
ReplyDeleteAnak buah pun ada jugak yang macamtu. Sebab kat rumah dorang dgn parents dorang je. Kat rumah pengasuh pun, dorang berdua je. Tapi, takpe. Kejap je. Bila dah biasa sikit. Okeylaa. :D
ReplyDeletewah dah boleh cepat-cepat kawin ni zizie...hihihi, comel adik tu..
ReplyDeletehehe, comelnyaa ilma. ingat ibu mana laa kena dera tadi. hihi :3
ReplyDeletebtw, tutorial shawl kat side bar tu, mormor pakai yg simple jee. blh tengok yang ni :D
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=V1nFBLbQHd4
rapat betul ilma dgn zizie ye..
ReplyDeletefuhh tajuk bikin panas :-P
ReplyDeleteAdoi Zizie Zack, tak boleh berenggang lgsg si Ilma.. Manja sangat.. Mgkn dia jenis ambik masa utk mesra dgn org dia tak kenal.. ;-)
ReplyDelete