Terimbau Kenangan | Sejak tahun 2005, zizie dah biasa merantau dari Terengganu ke Kedah sebab zizie masuk boarding school kat Kedah. Sejak dah habis belajar tahun 2009, jarang dah jejakkan kaki ke sana kecuali time ambik slip spm kat SMSAH (Jenan). Masa belajar kat Kedah tu, zizie dah biasa pergi ke Penang sebab masa tu along zizie menetap kat situ.
Semalam dari Taiping ke Kuala Terengganu, bas SP Bumi yang zizie naiki tu buat pusingan ke Parit Buntar dan Butterworth.. Banyak jugak kenangan kat situ.
Kat Parit Buntar tu, zizie pernah merasa naik bas kilang sementara nak ditukarkan ke bas ekspress time nak balik Terengganu. Memang terasa la macam pekerja kilang sebab masa tu ramai pulak mat bangla naik sekali bas tu. Blerghhhh.. Selain tu, Parit Buntar ni salah satu tempat "melepak" jugaklah. Along zizie dulu duduk dekat Jawi. So, memang dekat sangat nak ke situ. Lagi-lagi kedai depan Stesen Bas Parit Buntar.
Masa sampai kat Butterworth, zizie teringat masa kali pertama zizie naik bas ke situ, zizie follow bestfriend zizie, Syakir. Yang paling hampeh, dia tinggalkan zizie kat situ sebab ayah dia dah sampai dulu. Sebelum dia tinggalkan zizie kat situ sorang-sorang, dia belikan jajan untuk zizie. Tak lama lepas tu, nasib baiklah kakak zizie sampai. Kalau tak, memang buruk nasib dia di tanganku.. muahaha.
Rindu pulak zaman belasan tahun. Teringin jugak nak pi Kedah, melawat sekolah lama, jumpa cikgu-cikgu.. tapi, entah cikgu ingat ke tak anak murid dia ni. Almaklumlah den ni student low profile kan.. Hehehe. Paling rindu lepak kat pekan Jitra. Dengar kata dah pesat membangun. Rumah kedai depan sekolah pun dah bukak. Lagi sakan la bebudak ni fly. Hahaha. InsyaAllah, ada masa dan duit, akan ke sana nanti.
p/s: aktiviti blogging terpaksa ditangguhkan seminggu dua ni sebab zizie berada di kampung. See ya later, readers!

posted from Bloggeroid