BALASLAH DENGAN PENGHARGAAN

13.3.15
Assalamualaikum wbt

Ucapan terima kasih menunjukkan keikhlasan dalam menerima sesuatu sama ada menepati ataupun tidak dengan citarasa. Berterima kasih atas pemberian orang lain adalah tanda bersyukur kepada Allah SWT.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ »
.
Ertinya: “Abu Hurairah r.a. berkata, bahwa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.”

HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, 1/702.

Rasulullah s.a.w. sangat mementingkan hubungan silaturrahim sesama manusia malah Baginda s.a.w. juga telah menyebutkan mengenai membalas kebaikan yang diterima oleh seseorang dengan memberi lafaz“Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan).

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ 

Ertinya: “Usamah bin Zaid berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang dibuatkan kepadanya kebaikan, lalu ia mengatakan kepada pelakunya: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh ia telah benar-benar meninggikan pujian.”

HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al jami’, no. 6368.

Namun begitu ini tidak bermakna tidak boleh melafazkan dengan ucapan lain seperti terima kasih, thank you(bahasa Inggeris), arigatou gozaimasu (Jepun ), Xie-xie (Mandarin) Syukriya (Hindi), Dhan-ya-vaad (India National Language) dan sebagainya.

Murahkan lafaz tersebut supaya si pemberi itu bergembira dengan usaha dan pemberiannya. Dengan itu juga hubungan silaturrahim akan lebih erat. Kekadang dengan hanya lafaz serta diiringi dengan air muka yang ‘mengharukan’ juga dapat memuaskan hati si pemberi tersebut. Serlahkan rasa syukur dan gembira kerana mendapat sesuatu daripadanya. Adalah lebih baik lagi sekiranya kita dapat membalas pemberiannya berupa barangan juga.

Walaupun kita dilarang untuk mengharapkan ucapan terima kasih dari seseorang yang menerima pemberian, tetapi orang yang menerima perlu TAHU bahawa dia perlu mengucapkannya dan menghargainya. Begitu indahnya Islam.. sebab itulah kita tidak boleh mengambil ajaran Islam ini separuh-separuh atau pilih-pilih sahaja. Islam itu adalah agama yang SYUMUL (sempurna) jadi berpeganglah kepada agama Islam kerana dengan itu kita kembali kepada FITRAH.

sumber:
Pusat Islam
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

You Might Also Like

13 comments

  1. Thank you for sharing this, Zizie :D

    ReplyDelete
  2. nice one.. singgah sini zizie.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.
    terima kasih atas perkongsian. :D

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. Salam jumaat kak zizie :D

    ReplyDelete
  5. betul tuh... Misaki setuju..

    betapa pentingnya bila kita ucap terima kasih..

    thanks sharing :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih buat entri ni. hehehe :D

    ReplyDelete
  7. Ada kisah berkaitan thank you ni. HAHA, kat uitm sy ade pak arab jual kebab. satu hari tu gatal nak cakap tenkiu kat pak arab tu guna bahasa arab, sekali dia punya happy sbb dapat cakap bahasa dia, terus asyik bagi daging lebih.heheh

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Zizie kerana berkongsi pada kami semua...

    ReplyDelete
  9. nice sharing,,,
    ramai yang tak sedar,,yang ucapan terima kasih tu memang mudah nak dilafazkan,,,tapi impak dia sanga besar pada seseorang,,,sebab dia terus melekat kat hati ^_^

    ReplyDelete
  10. Betul..simple tapi sering dipandang ringan..sedangkan perkara itu sangat digalakkan..berterima kasih,,memberi dan menjawab salam..ucapan terima kasih itu saja pun mampu membuat hati yang panas menjadi sejuk..ditambah dengan senyuman ikhlas..

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing dan thanks juga sebab mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  12. Magic words "Thank you" tu, ambik masa 2 saat je nak sebut, tapi ramai yang ambil mudah.

    TQ Zizie. Semoga dengan perkongsian ni, kita semua mendapat manfaatnya :)

    ReplyDelete
  13. Merci,...danke. :)
    Perkara ni simple tapi besar impaknya.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.