Back To Nature: Air Terjun Gunung Ledang

29.3.15
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Asyik tenggelam timbul aje tuan empunya blog ni. Busy tu, tak adalah sangat. Tapi, laptop ni haa dah buat perangai balik. Itu akan dipanjang lebarkan di dalam entri lain.

Malaysia ni, panas sangat dah. Pukul 10 pagi punya sinaran matahari, tak payah cakap la menyengatnya macam mana kalau terkena kulit. Demi menyejukkan diri ini, zizie & kekawan have a sweet escape to Air Terjun Gunung Ledang, Sagil. Well, benda ni dah plan seminggu awal tapi ada serba sedikit benda yang menjadi penghalang.

So, last week, kitorang teruskan jugak even though hanya bertiga. Bila dah hampir 1km dengan destinasi kami, Subhanallah... Udara nyaman terus menyapa kami. Masa tu, rasa tak nak balik ke hutan konkrit.

Untuk masuk ke sini, orang dewasa dikenakan RM 1 setiap sorang. Kalau bawak masuk kereta, di caj berasingan iaitu RM 2. Kalau kanak-kanak dan kenderaan lain, zizie tak ingat la pulak. My bad, lupa nak snap gambar. Huwargh!

Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi. Saja ke sana awal-awal, sebab nak dapatkan port yang tak crowded. Sampai-sampai saja, terus breakfast nasi lemak. Habis breakfast, bermandi-manda la kami. Geram tengok air gunung yang seeejjjuuukkk ni.





Mesti sekarang korang rasa nak terjun dalam air kan? Hehe. Sabar. Bacalah dulu sampai habis.

Kelebihan zizie: selalu jadi monopod untuk kawan-kawan.
Bila masukkan kaki dalam air, rasa macam dalam ais! Biasalah, dah lama berpanas. Hehe. Terus zizie teringatkan kampung halaman. Kalau kat kampung, melompat-lompatlah mandi air sejuk.

Baru nak feeling macam ikan duyung, sekali ada seekor raksasa kat belakang. ekeke.

Water splash! Ini makannya untuk sang raksasa! Muahahaha!

A right concept of bersiram :D
Walaupun bertiga, kitorang sempatlah main satu game: siapa paling lama tahan nafas dalam air. Hehehe. The evil part, zizie kenakan mereka berdua. Bagus kakak-kakak ni, mempunyai daya saing yang tinggi. Zizie gelak ajelah kat tepi sambil dorang sibuk tahan nafas dalam air. Hahaha.



Pukul 1 petang, kami terus bersiap-siap untuk pulang. Waktu macam ni, dah ramai orang datang. Konklusinya eksperimen zizie berjaya. Pergi awal pagi, berendam sampai puas dalam 3 jam, then balik. At least dapat elak human traffic jam kat air terjun tu. Zizie paling tak suka la nak berebut kat bilik mandi tu.


Pesan zizie, sekali sekala lakukan aktiviti melibatkan alam semula jadi. Bukan apa, tengok keadaan sekarang, pokok ditebang sana sini. Sakit pulak hati kita! Jangan nanti semua dah gondol baru sibuk nak mencari. Bye.

You Might Also Like

10 comments

  1. waaaah seronoknya. dah lama x main air terjun. actually entah2 x pnah pergi lagi pon ke mana2 air terjun. kekeke.

    ReplyDelete
  2. ZZ memang bestlah berendam time panas2 ni kan, segar bugar rasanya :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah! cantiknya tempat ni zizie.
    lama sangat tira tak bermandi manda macam ni. rindu pulak..
    uikss!!! pose kemain kann. haha

    ReplyDelete
  4. bestt seronoknya saya sukaa pergi tempat2 camni tapi belum pernah lagi pi situ lagii tengok gambar pon dah terasa sedapnya berendam kat dalam air tu :)

    ReplyDelete
  5. Wah, bestnya mandi manda kat air terjun nie... Cantik gak Gunung Ledang tu yer, teringin nak pergi
    ^-^

    ReplyDelete
  6. ehhh ! gunung ledang daa kena bayar aee, ishh.. nampak sangat mimin da lama x p mandi sana

    ReplyDelete
  7. Dulu masa study kat Segamat selalu gak pergi Ledang ni sebab dekat...tmpt nak mandi seronok kat atas sekali...

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee sonoknya mandi manda membasah. Sy pon dh lama tak g gununng ledang ;p

    http://tigalalat.blogspot.com/

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.