Mencuri Di Dalam Solat
21.2.14
Assalamualaikum wbt
pernah dengar perkataan mencuri di dalam solat?
berikut ialah penerangan yang zizie baca di islampos.com, sebuah laman web islam indonesia.
zizie cuba ubah kepada bahasa melayu.. ada yang tak dapat diubah. sorry..
pernah dengar perkataan mencuri di dalam solat?
berikut ialah penerangan yang zizie baca di islampos.com, sebuah laman web islam indonesia.
zizie cuba ubah kepada bahasa melayu.. ada yang tak dapat diubah. sorry..
Istilah “mencuri dalam solat” yang
biasa diungkapkan oleh ulama adalah merujuk pada sabda Rasulullah saw yang
diriwayatkan dari Abu Qatadah,
“Sejahat-jahat orang yang mencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Beliau menjawab, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” Atau beliau bersabda, “Ia tidak meluruskan punggungnya ketika rukuk dan sujud.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, ath-Thabrani dan al-Hakim)
Dalam
hadis tersebut, Rasulullah SAW mengkategorikan orang yang solat tapi tidak
menyempurnakannya sebagai pencuri dalam solat. Di antara tanda pencuri dalam solat
beliau menyatakan, bila ia rukuk dan sujud tidak sempurna; tidak sempurna dalam
bacaan dan gerakannya.
Ibarat
yang Rasulullah SAW tegaskan sebagai bentuk “pencurian” yang paling buruk adalah kerana
biasanya kita memahami pencuri adalah yang mengambil sesuatu yang bukan
haknya, milik orang lain, bukan mengambil milik sendiri. Sementara orang yang mencuri
dalam solatnya sejatinya ia mencuri miliknya sendiri; mencuri roh dan makna solatnya.
Demikian juga kerana ia mencuri yang sejatinya tidak boleh dicuri, yaitu roh,
nilai, makna, ajaran Rasul dalam solat, yaitu khusyuk, thuma’ninah dengan
menjaga kesempurnaan rukuk dan sujud.
Sebagaimana Rasulullah saw juga bersabda, “Tidak sah (tidak sempurna) solat seseorang, sehingga ia thumaninah ketika rukuk dan sujud.” (HR. Abu Daud).
Ada ulama yang
memahami thumaninah adalah dalam gerakan rukuk dan sujud, yaitu meluruskan
punggungnya, dan ada juga yang menyatakan meluruskan punggung dan tenang dalam
berdoa dalam rukuk dan sujud. Sayyid Sabiq dalam fiqih sunnah memaknai
thumaninah, dengan diam beberapa saat setelah sempurnanya anggota-anggota tubuh
(dalam gerakan sujud dan rukuk) dengan batasan waktu yang
diperlukan ketika membaca doa tasbih.
Kerana
pentingnya menjaga kesempurnaan rukuk dan sujud, terkait sujud misalnya, Rasul
mengajarkan agar sempurna dengan sempurnanya anggota tubuh dalam sujud.
Rasulullah saw bersabda, “Jika seseorang hamba sujud maka ia sujud dengan
tujuh anggota tubuhnya, wajah, dua telapak tangan, dua lutut dan dua telapak
kakinya.” (HR. al-Jamaah kecuali Bukhari)
Demikian
Allah swt menganggap orang solat bernilai lalai, jika solatnya hampa dari
pemaknaan akan subtansi solat, yaitu pengagungan Allah swt dan permohonan
kepada-Nya (QS. al-Ma’un). Kerananya dapat difahami, bahawa roh solat dan
kekhusyukan nescaya hilang bila seorang tidak dapat menyempurnakan
rukuk dan sujudnya. Mengingat saat itu diantara subtansi solat hadir, yaitu
pengagungan kepada Allah swt. Dan Allah SWT melegitimasikan orang-orang
mukmin yang menang di antaranya adalah apabila mereka dapat khusyuk dalam
solatnya (QS.al-Mukminun 1-2).
Semoga
kita termasuk golongan orang-orang yang menang dalam solat, yang
menyempurnakan, tidak lalai tapi khusyuk, dan tidak mencuri-curi dalam solat.
Amin.
11 comments
perkongsian jumaat yang bermanfaat.Tq Zizie..salam jumaat..:D
ReplyDeleteAllahhuakbar. terima kasih kak atas pekongsian tazkirah pada pagi ini. Insyaallah mudah-mudahan.
ReplyDeleteHm, tapi jangan pula kita bagi alasan "Buat apa nak solat, tapi khusyuk pun tak". Nauzubillah min zalik. Lebih baik tunaikan solat daripada tinggal solat kerana azab Allah jika tinggal solat. MasyaAllah sungguh azab :'(
thumakninah tu selalu kita tak jaga... nak cepat je
ReplyDeletesekarang dah tahu tapi tetap tak ubah...jawab lha sendiri :)
ReplyDeleteya Allah. baru la ni dengar pasal mencuri dalam solat ni T___T
ReplyDeletethanks for sharing kak zizie.
kdg2 menda mcm ni lah selalu kita terlepas pandang :)
ReplyDeleteNice share... hehehe... thanks zizie... dpt ilmu sikit...
ReplyDeleteP/s: Ais dh habis ke? hehehehehe...
"Keep Smiling"
^_^
Salam Jumaat, Alhamdulillah perkongsian Zizie amat bermanfaat :)
ReplyDeletesangat bermanfaat perkongsian ini.. semoga kita tak tergolong di kalangan orang yang mencuri di dalam solat..
ReplyDeletenice sharing zizie. thanks.
ReplyDeleteSharing yg baik, dear
ReplyDelete