Bye Bye Anak-Anak

16.2.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

hari jumaat yang lepas, zizie dan anak-anak bertolak ke KL sebab anak-anak kena menetap di Tawau, Sabah.
ibu kepada anak-anak ni, merangkap kakak kepada zizie dapat bertugas sebagai guru di sana.

 

menangis jugak si adik ni masa bas nak mula bertolak.
dia ingatkan mak tok dan tok abah dia ikut sekali. tapi, sekejap jela dia merengek. phew.
lepas tu, si abang pulak termenung. bila ditanyakan kenapa, "sedih nak tinggalkan mak tok.", jawabnya.

sepanjang perjalanan, zizie tak tidur langsung kerana si adik tiba-tiba muntah dan perlu alert bila dah masuk area KL.
almaklumlah, tak pernah lagi naik bas ke sana. selalunya ada kakak jadi driver tak bergaji.
Alhamdulillah, selamat tiba dan disambut oleh cik abam.


suka betul dorang main dengan uncle.
asal uncle hilang aje, dicarinya, "mana uncle?".
dan tak kurang juga ketiga-tiga budak ni kena marah dengan zizie. hahaha.
sampaikan sorang menyorok, sorang diam, sorang lagi tersengih macam kerang busuk.
padan muka tiga orang budak nakal ni.. muehehe..


berlaku sedikit kesukaran masa kakak zizie dah tiba.
masa ditanya, katanya turun di KLIA, rupa-rupanya kakak zizie turun di LCCT.
berkejar pulak ke sana sebab dalam masa kurang dua jam, dah nak bertolak ke Tawau.
even though LCCT dan KLIA bersebelahan, jalan nak ke sana, boleh tahan jauh la.
tak serupa macam bersebelahan.
memang dorang ni sengaja kan, nak cari duit.. =.='''

apa-apa pun, anak-anak dah selamat sampai ke sabah.
lepas ni, cakap sabah bah..
bye-bye anak-anak..
lepas ni, andak balik kampung, andak dah tak ada siapa dah untuk dibuli.. huhuhu...

You Might Also Like

18 comments

  1. Wah.. selamat bertugas buat kak zizie. Ada yang posting bulan feb ya.. yalah , di sek akak pun ada cikgu baru minggu lepas.. mak ciknya pula yg rindu ank buah ya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah ahad di sini...sape dtg Sabah...mengajar kat tawau area mana...tak lama lgi kita cakap sabah bah...heheh...

    ReplyDelete
  3. comelnya anak buah akak :D

    ReplyDelete
  4. kak Aisy Nasiha, posting jan.. tapi, hold dulu pasal hal anak sebab xdapat rumah sewa lagi dan xconfirm area mana.. so, bila semua hal dah settle, settlekan hal anak pulak..

    ReplyDelete
  5. mesti mereka akan rindukan zizie lepas ni kan.. comel dua-dua beradik..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..sedihnya,, bila dah selalu ada..ni tiba tiba berjauhan..pastinya sangat terasa..tapi tuntutan tugas..gagahkan juga..lepas ni balik kampung boleh hadiahkan andaknya mutiara la ye..hehe..semakin jauh semakin rindu..

    ReplyDelete
  7. oho... mengajar kat tawau...kalau dekat boleh krole jenguk2...ni jauh r zizie...huhu~

    ReplyDelete
  8. Comelnya mereka. hm kalau miza jadi dia orang pun mesti mza sedih :') Tak apa la kak zizie. masih punya doa <3

    ReplyDelete
  9. comelnya anak saudara zizie :D ahahaha...jangan risau zaman skunk ni kan mcm2 ada...melalui internet pom zizie masih boleh membuli mereka lagi :D

    ReplyDelete
  10. ala comelnya. mesti manja dengan aunt dia ni kan. ehe =D

    ReplyDelete
  11. of coz lerr dorang rindukan mokcik dier yg suka sangat membuli hehe..

    tahniah buat kak zizie..:)

    ReplyDelete
  12. alahai jauh nya kena bertugs kan. sure rindu semenanjung kan :)

    ReplyDelete
  13. SELAMAT BERTUGAS DI TAWAU :) JAUH TU DR KK JE PON DAH 12 JAM FUHHHH JENUHHH APA PUN TAWAU BEST2 MAKANAN LAUT MURAH SGT

    ReplyDelete
  14. jauhnya kat tawau mesti windu gilesss

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.