Film Review : Frozen

5.12.13
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!


haa.. just imagine, the ice princess - me pergi tonton cerita frozen... hihi..

Frozen menceritakan Elsa, puteri dari Arendelle yang mempunyai kuasa untuk menghasilkan ais dan salji. oleh kerana peristiwa yang hampir meragut nyawa adiknya, Anna, ibu bapanya meminta Elsa merahsiakan tentang kuasanya dan Anna telah dibuang ingatannya mengenai kuasa kakaknya melalui bantuan daripada troll.

sehinggalah kedua-duanya meningkat remaja dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia, Elsa telah diangkat menjadi permaisuri. ketika itu, anna telah jatuh cinta kepada Hans dan ingin meminta restu daripada Elsa. walau bagaimanapun, Elsa tidak ingin merestui hubungan mereka. berlakulah kejadian tarik menarik sehingga kuasa Elsa telah terbongkar.

Oleh kerana terlalu panik, Elsa melarikan diri ke arah pergunungan utara dan secara tidak sengaja, telah mengakibatkan musim sejuk yang berlarutan kepada Arendelle. Anna keluar mencari Elsa dan ingin memujuk kakaknya untuk memulihkan kerajaan Arendelle. ketika pengembaraannya mencari Elsa, Anna menjumpai Kristoff dan meminta bantuannya. Kristoff merupakan jejaka yang mempunyai bisnes menjual ais dan berkawan dengan rusa kutub, Sven.

ketika dalam perjalanan ke pergunungan utara, Anna dan Kristoff menjumpai Olaf, orang salji yang dicipta oleh Elsa. Olaf membantu Anna dan Kristoff sampai ke istana ais yang dibina oleh Elsa melalui kuasa saktinya. ketika Anna cuba memujuk Elsa, fikiran Elsa bercelaru dan secara tidak sengaja telah memantulkan kuasanya ke arah jantung Anna.

apakah nasib Anna? apakah yang berlaku kepada kerajaan Arendelle? - korang tengoklah sendiri! hehehe..

aku bagi 4.8 bintang kepada filem frozen kerana filem ini berbeza dengan cerita fairytale yang lain..
aksi dan gelagat Olaf menambahkan lagi kelucuan dalam filem ini..
dan berlaku scenes yang tidak diduga..
oh! dan dalam watak ini, aku suka Elsa


cantikkan? dan 0.2 bintang ditolak kerana aku tak puas hati kenapa Elsa tak dapat pakwe... huhu..
my favorite song in this film is let it go by Idina Menzel..

enjoy yourself :)

You Might Also Like

9 comments

  1. macam best je citer ni.. kena g tngok ni :D

    ReplyDelete
  2. wahhhh, ika minat juga cte2 princess gini...nak ajak encik tunang tengok boleh tak??
    haha

    ReplyDelete
  3. hah sesuai sangat dgn zizie ceta ni yerrrr

    ReplyDelete
  4. ok fine! kena pergi tgk nt...hehe

    ReplyDelete
  5. Filem ni seronok ditonton oleh seisi keluarga. Even, bagi penonton dewasa pun akan teruja mengikuti perkembangan cerita ini sehingga habis.

    Disney, sebagaimana filem-filem yang diterbitkan seperti 'Tangled' dan 'Wreck it Ralph' tidak pernah menghampakan saya.

    ReplyDelete
  6. betul betul. qaqa pun tak puas ati si elsa tak dapat boyfriend. ugh :D

    ReplyDelete
  7. macam best je.. tgok kat mne nih? agak2.. bile cite ni nak diupload ke utube.. hehe..

    ReplyDelete
  8. mcm best je...mcm menarik je..hihihihih.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.