AMALAN SUNNAH KETIKA HUJAN

6.12.13
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

sempena musim tengkujuh, sesuai betul tazkirah yang di emelkan oleh pusat islam utem. jom kita baca :)

Sebagaimana telah kita ketahui bersama bahawa agama Islam telah sempurna. Sehingga tidak sedikitpun agama ini memerlukan pengurangan atau penambahan. Pengajaran agama telah sempurna dan sunnah-sunnah baginda telah lengkap, dan di antara pelajaran agama yang telah di ajarkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam jelaskan kepada umat Islam adalah sunnah baginda ketika turun hujan. Ada beberapa sunnah yang Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam contohkan tatkala itu, berikut di antaranya:

Pertama: Berdoa Ketika Hujan Turun

Berdoa ketika hujan turun adalah sunnah mulia Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha berikut:

Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dahulu apabila melihat hujan baginda berdoa: “Allahuma shoyyaban naa fi’aa (Ya Allah, jadikanlah (hujan ini)  hujan yang bermanfaat)” [HR.Bukhari]

Ibnu Hajar al Asqolani rahimahullah menjelaskan, bahawa doa tersebut dianjurkan (untuk dibaca) setelah hujan turun demi mendapatkan kebaikan dan keberkatan yang lebih. [Fath al-Bari, Jilid 2, hal.659]

Sedangkan Imam an-Nawawi menerangkan bahawa hal itu dilakukan ketika mulai turun hujan.

Kedua: Membiarkan Sebagian Anggota Badan Disirami/dibasahi Air Hujan

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: “Kami pernah kehujanan ketika bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Lalu baginda mengangkat bajunya hingga baginda dibasahi dengan air hujan. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa engkau lakukan hal demikian? Baginda menjawab: “Kerana hujan itu baru mengenali Rabb-nya ta’ala.
[HR.Ahmad, jilid 3, hal.133 dan 267, al Bukhari dalam kitab al Adab al Mufrad, no.571, Muslim, no.898, Abu Dawud, no.5100, an Nasa’I di as Sunan al Kubra, no.1849]

Imam an Nawawi rahimahulla berkata ketika menjelaskan hadits ini: “Hadits tersebut mengandung dalil bagi pendapat para sahabat kami, bahawasanya dianjurkan ketika hujan turun untuk mengangkat( pakaian ) anggota badan –yang bukan aurat- agar terkena air hujan, dan mereka berdalil dengan hadits di atas.”
[Syarh Shahih Muslim, Jilid 3, Hal.464, Syarh Shahih al Adab al Mufrad, karya Syaikh Husain al ‘Awaisyah, Jilid 2, hal.214]

Syaikh Bin Baz rahimahullah pernah berkata: “Yang demikian menunjukkan akan dianjurkan bagi seseorang untuk membuka sebagian pakaiannya, seperti kedua lengannya atau kepalanya agar terguyur air hujan, sebagaimana yang pernah di lakukan oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam.

Maka itu disyariatkan bagi seorang muslim untuk melepas sorbannya –contohnya- dari kepalam atau ujung bajunya dari lengan atas atau lengan bawah agar terkena air hujan, atau juga (menyingkap) betisnya, dan anggota tubuh lain yang boleh untuk dibuka dihadapan manusia seperti kaki, betis, kepala, tangan, dan lain-lain.” [Majmu’ Fatawa Ibn Baz, jilid 13, hal.64]

sumber : Pusat Islam UTeM

You Might Also Like

8 comments

  1. alhamdulillah..nice sharing ni zie..sebab tulah anggap hujan itu rahmat sebenarnya..tatkala hujan pintu langit terbuka luas..moga kita memanfaatkan segala kurniaan ILAHI pada kita..bersangka baiklah pada Allah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih dngn perkongsian tersebut :)

    ReplyDelete
  3. Doa, biar kena hujan :D
    Wah. Sgt senang lah hehehehehe :3
    Thanks kak zizie!!!!!!!1

    ReplyDelete
  4. bagus isi tazkirah :) memang kena dengan musim :)

    ReplyDelete
  5. nice sharing..yg pertama tu pernah baca tp yg kedua baru sy tau...:)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.