Cara-cara Mendapatkan Followers!
16.5.13aku rasa, aku bukan orang yang tepat untuk menjawab soalan daripada usagi..
memang lah follower aku sekarang dah mencecah 1.5k, tetapi, ianya mengambil masa selama tiga tahun...
ada yang lebih terer daripada aku..
baru setahun, dah 2k.. lagi HEBAT!
jadi, aku mengambil keputusan untuk share apa yang aku perhatikan di dalam dunia blogging..
1. rajin blogwalking dan follow blog orang.
rutin sebegini amat perlu dan wajib kalau korang nak orang lain datang dan follow ke blog korang.. elakkan sifat mementingkan diri sendiri dengan meninggalkan kata seperti, "HAI! SAYA SINGGAH! JOM FOLLOW BLOG SAYA, NANTI SAYA FOLLOW AWAK BALIK!"
hehehe.. memang itu la yang aku bebelkan di depan laptop bila aku dapat mesej cenggitu.. :P
2. join banyak contest
berlambak blog yang buat contest,giveaway bagai.. aku pun pernah buat segmen pendek.. hehe.. so, bila korang join contest, korang akan dapat tengok link para peserta.. automatically, mereka juga melihat link korang.. tapi, terpulang kepada individu la nak follow korang ke tak.. hehehe...
3. luahkan bakat terpendam!
blogging is not just about writing.. serlahkan bakat yang korang ada.. mana tahu, orang yang tengok pun suka dan follow blog korang.. masa aku mula-mula buat doodle, padahal tak cantik dan memang tak ada bakat, ramai la jugak yang datang follow.. maybe dorang ingat aku doodler.. haha.. tapi, bagi aku, mungkin entri aku ada tarikan bila ada lukisan sendiri.. hehe.. by the way, pengunaan bahasa yang mudah difahami dan sempoi juga berkesan untuk pembaca tertarik dengan penulisan kita..
4. anjurkan contest.
ini berkait rapat dengan no. 2.. of course ramai blogger yang akan meletakkan syarat untuk follow blog dorang.. dah ada syarat macam tu, kalau ramai orang join, confirm ramai yang follow! lagipun, blogger famous amos sekarang, ramai yang buat contest.. kalau aku buat segmen, aku malas nak letak syarat macam tu.. ikut suka korang la nak follow ke tak..
5. kemaskan blog.
blog tak kemas, loading berat, siapa yang nak follow? so, pergi tengok mana-mana blog yang korang rasa kemas dan ringan, dan contohi si beliau.. okay :)
aku bab follow ni, aku tak kisah sangat la..
macam aku cakap, aku tak kisah pun korang nak follow ke tak..
aku pun, bukan jenis follow blog sangat melainkan aku suka gila babeng ar dekat blog tu..
walau bagaimanapun, aku tak nak menyombongkan diri dengan tidak memfollow semula orang yang follow aku..
so, kepada yang follow aku sampai beribu tu, terima kasih ye :)
yang tak tinggalkan link untuk aku follow balik tu, harap-harap insaf la ye.. hehe!!
nota zizie : usagi, please remove scm player from your blog.. i can't open your blog because the wifi block the scm player.. don't ask me why because i'm not an expert to answer the Q.
30 comments
semua tu betul..elakkan dari tulis..."saya folo awak...folo saya balik"..annoying bila baca ok. ^^
ReplyDeletebetul tu.. yang tu pun annoying jugak..
Deleteselain tu..kalau muka comel boleh dapat ramai follower..haha.. :P gurau ja..nice tips.. kta nak cuba joins segmen n GA banyak2 lepas nie..huhu
ReplyDeletehehehe.. nak kata zizie muka comel la tu.. HAHAHAHA!!
DeleteYes rajin blogging & kemaskan blog tu sy stuju sangattt.
ReplyDeleteYg no 2 tu sy baru nk start, tu pun klu ada masa hehe..yg no 4 tu xpenah try lg, nti2 la kot sbb kita pun masih baru :)
chaiyo'2!!
Deletenice entry. yg pnting ikhlas..
ReplyDeletebetul tu kak :)
Deletesaya sokong smua point tu :D
ReplyDeleteterima kasih kerana menyokong! :)
Deletenice sharing dear! thanx!!
ReplyDeleteyou're welcome :)
DeleteDulu selalu jugak follow orang tapi sekarang. singgah blog orang je, tak follow pun. ntah napa rasa malas. haish >.<
ReplyDeletesama la kita :)
Deletemmg btol point kat atas tu :D
ReplyDeletenasib la betul :)
Deletethank you for ur tips..
ReplyDeletesaya pun nak tingkatkan follower sy..
sy masih baru.. (^_^)
sama-sama ... teruskan usaha ye :)
DeleteKalau yg cakap suruh follow back tu biase la kan. Tak kesah pun. Tapi yg datang tetibe suh follow dia, dia x follow pun kite. Yg ni memang nk marah. Tetibe. hehe
ReplyDeleteannoying kan?
DeleteSemua tips memang bagus.
ReplyDeletecuma mcm ak, ak prefer blogwalking. Entah, rasa best je jenjalan tgk blog org,hahaha
sama la kita :)
Deleteado follow blog akak x...hahahaha..
ReplyDeleteado la kak.. sodih eh, tak perasan zizie :'(
Deletependapat ena bukan pentingkan follower ramai..tapi visitor yg ramai.hehe.. kalau follow blog je tapi tak follow cerita tak best jugak..taknak la syok sendiri wat entri..suka jadi silent reader. agak2 terlalu best blog ni n sentiasa nak follow entri barula follow. yang penting ikhlas..
ReplyDeletethank's alot yah for ur tips
ReplyDeletenice luv it
maaf saya masih baru lagi
baru belajar
thanks for ur info...i'm new blogger...still lgi noob pasal blog2 ni..haha
ReplyDeletethank you for sharing... sye bru nk aktifkan diri dlm blogger... nice blog awk... =)
ReplyDeletenice tips..sy baru aktif dlm blogger.. kalau rajin singgah blog sy @ http://strawberrymerahchocolate.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih, tips yang menarik buat blogger baru macam saya :)
ReplyDeletekalau ada masa marilah singgah blog saya http://jemarikongsi.blogspot.my/
saya buat khas untul artikel ilmiah, koleksi penulisan, tips-tips dan ebook saya.
buat masa ni beum ada entri lagi, tp akan ada yang menyusul selepas ini.
tq:)