Aku Memang Mengada-Ngada - MAKAN
17.5.13
aku mengaku, aku ni memang seorang yang mengada-ngada..
orang nak menyampah, aku tak kisah..
tak suka, angkat kaki, bye-bye.. aufwiedersehen..
sedih sikit hati ni.. sikit je..
aku benci bila kat dalam rumah, aku lalu kat ruang tamu dan kawan-kawan aku yang sedang makan bertanya, "tak makan zizie? diet?".
aku buat bodoh je.. sebab aku tak suka..
diet? seolah-olah memerli aku. aku dah keding diet apa lagi.
dah nampak aku tengah berjalan, tang part mana lak nak makan..
satu hal aku tak suka bila mereka bertanya sebab mereka jarang sangat-sangat-sangat nak ajak aku pergi makan.
mungkin bagi mereka aku selalu pergi makan dengan mr. wonderwall..
wrong! mr. wonderwall pun tak ajak aku pergi makan, macam mana aku nak makan sekali dengan dia..
bukannya tak boleh makan sorang-sorang walaupun keadaannya nampak aku ni macam seorang yang single dan tak ada kawan..
tapi, aku rimas dengan ramainya jantan-jantan di kedai makan sebab kolej aku ni bercampur dengan budak lelaki..
bila aku makan biskut kering dengan cicah air milo, mereka menegur pun, aku tak suka..
nak je aku cakap, "korang tak ajak aku pergi makan, aku makan jela biskut kering ni!"
sabar jela.. sabar.. sabar..
nasib la perut ni dah biasa puasa makanan, terima air kosong je..
love you perut!
nothing biggie pun, tapi aku rasa nak tulis jugak pasal ni..
for your information, sekarang ni pun aku tak makan apa lagi..
kalau nak cakap, "budak ni kena dijemput, baru nak makan" pun, aku tak hairan..
memang tu pun yang aku nak...
so, sila la jemput!
kalau nak cakap, "budak ni kena dijemput, baru nak makan" pun, aku tak hairan..
memang tu pun yang aku nak...
so, sila la jemput!
nota zizie : entah la kenapa nak share tentang perangai mengada-ngada aku ni.. HOHO!
17 comments
janji happy..
ReplyDeletetapi, tak happy :(
DeleteTu bukan mengada-ngada tp manja! Hehe
ReplyDeletesama la tu.. hehe :D
Deletehehe.kita pun kekadang mcm tu la.. makan ikut mood n rasa lapar baru nak makan..
ReplyDeletekan... ummm... :/
Deletejom makan sama nak tak?!!! ai ajak u ni hihihihi
ReplyDeletejauhnya la ngajaknya..
Deletetu bukan mengada-ngada :) kadang-kadang kita pun rasa terpinggir bila kawan kawan tak ajak kite makan. :(
ReplyDeleteumm.. betul tu.. akhirnya, ada orang yg memahami... huhu..
DeleteJom makan! :) ehehe..comel jee
ReplyDeletezizie memang comel.. thanks :')
Deletemkn selagi tak sakit :D haha
ReplyDeletekalau sakit pun kena makan gak..
DeleteKo ni, mesti kat rumah dah terbiasa dijemput makan, ya ke tak?hahahaha
ReplyDeleteAk punya peel mengada, kalau buah yg kena kupas kulitnya, selagi takda org kupaskan, slagi tu la ak pndg sblh mata je. Dah ada yg kupas, baru ak sibuk nak makan,kih3
xde r kena jemput.. kena perli, "kenapa tak makan? puasa ke?", mak.
DeleteSalam singgah. Setiap orang ada tabiat makan tersendiri. comel je kucing tu masuk dalam cawan tu. geram!
ReplyDelete