Entri Penuh Gambar : ENTREPRENEURIAL EXPLORACE UTeM (EEU)

2.4.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Atas permintaan wan niahix, zizie nak update pasal program baru-baru nie..
and for your information, inilah first time zizie join program di universiti. hee :D

EEU ialah anjuran daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Pembelajaran Berterusan dengan kerjasama Society Manufacturing Engineering (FKP) dan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM.
Program ni dijalankan selama dua hari ; hari pertama di sekitar bandar hilir dan hari kedua di kampus bandar UTeM.

Hari Pertama ( 29/3/2013) - Bandar Hilir

Lebih kurang pukul 8 pagi, para peserta mendaftarkan diri dan menjamu sarapan pagi diri di Dataran Samudera.


Sementara tu, ajk kehakiman diberikan taklimat ringkas.
Zizie merupakan salah seorang ajk kehakiman. Pada hari pertama, ajk kehakiman amat penting sebab kitorang kena follow setiap group supaya tak ada yang cheating!


Perut sudah kenyang dan semua peserta dah mendaftarkan diri, acara diteruskan dengan senaman pagi.
Haa. Nak berjalan selama 8 jam kan..





selepas itu, peserta diberi taklimat syarat-syarat pusingan pertama.
pada pusingan pertama, peserta dikehendaki menjana pendapatan menggunakan kreativiti masing-masing.
ada yang buat foot massage, jual barangan kraf, jual kerepek, busking dan macam-macam lagi.
asalkan, jangan jual diri... eh!


ini merupakan kumpulan yang ditugaskan kepada zizie untuk dipantau.




yang paling best, tetiba je ada shooting drama Gerak Khas. ingatkan abang polis nak halau kitorang. hekhek.




pusingan pertama tamat tepat pada pukul 1 petang.
after lunch dan solat zohor, para peserta perlu lengkapkan misi pada pusingan kedua.
pusingan kedua; para peserta diberikan modal sebanyak RM 50. mereka dikehendaki membeli barangan dan menjual barangan tersebut. para peserta hendaklah mendapatkan semula modal RM50 dan kumpulan yang mendapat keuntungan paling banyak akan mendapat point tertinggi.




akhirnya, aktiviti pada hari pertama berakhir pada pukul 5.30 petang.

Hari Kedua ( 30/3/2014) UTeM Kampus Bandar

untuk hari kedua, rileks sikit sebab hari kedua tiada outdoor activities.
untuk hari kedua, para peserta diberikan produk yang berlainan untuk membuat packaging and labeling dan hendaklah melakukan presentation di hadapan hakim-hakim yang dijemput.






pada penghujung program, setiap para peserta dihadiahkan sijil penyertaan dan sebuah hamper.
pemenang pertama, kedua dan ketiga pula pulang dengan sijil penyertaan berserta wang tunai.






yeay!! so, berakhirlah dua hari program yang memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan peserta dan AJK. hehe.
of course la AJK pun terlibat sama. letih woo. hahaha.

ini ada lagi gambar gelagat AJK dan para peserta. bye!







kredit gambar kepada para peserta dan AJK

You Might Also Like

13 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.