Film Review : Pompeii

16.3.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!


Pompeii mengisahkan Milo (Kit Harington), puak berkuda yang terakhir terselamat daripada dibunuh oleh pihak Rom yang diketuai oleh Corvus (Kiefer Sutherland), Senator kerajaan Rom. Pembunuhan berama-ramai puak berkuda yang terjadi di hadapan Milo, menyebabkan beliau menyimpan dendam terhadap kerajaan Rom.

Milo dijadikan hamba atau lebih tepat sebagai gladiator. Dalam perjalanan ke Pompeii, Milo bertemu dengan Cassia (Emily Browning), anak bangsawan di Pompeii. Cassia tertarik dengan perwatakan Milo yang berbeza dengan lelaki-lelaki lain.

Ayah Cassia, Severus (Jared Harris) bercadang untuk membina semula kota Pompeii dan ingin Raja Rom melabur ke atas Pompeii. Lawatan daripada Corvus yang sepatutnya mewakili Raja Rom, merubah perancangan apabila Corvus sendiri berminat untuk melaburkan ke atas Pompeii. Walau bagaimana pun, Corvus juga berminat terhadap Cassia dan ingin memperisterikan Cassia. Cassia tidak rela kerana dia sudah mengetahui belang sebenar Corvus kerana dia pernah tinggal di Rom selama setahun.

Milo akhirnya bertemu dengan pembunuh puaknya apabila beliau cuba melarikan Cassia. Cassia cuba menyelamatkan Milo, tetapi Corvus telah mengatur rancangan untuk membunuh Milo ketika perlawanan di antara gladiator.

Dalam masa yang sama, Gunung Vesuvius jugak menunjukkan tanda-tanda akan meletup apabila tanah-tanah yang berdekatan mula retak.

Ketika di arena, Milo dapat membaca akan permainan Corvus. Milo bertarung habis-habisan bersama-sama rakannya, Atticus (Adewale Akinnuoye-Agbaje). Setelah berjaya mengalahkan pihak lawan, Corvus menyuruh Proculus (Sasha Roiz), orang kanannya bertarung dengan Milo. Pada waktu yang sama, Gunung berapi Vesuvius telah aktif dan menyebabkan kota Pompeii menjadi gempar. Gunung berapi mula "melontarkan" batu-batu berapi.

Semua orang cuba menyelamatkan diri daripada gunung berapi yang mengeluarkan isi perutnya. Walau bagaimana pun, tiada cara untuk mereka melepaskan diri apabila lautan menjadi bergelora dan berubah menjadi tsunami kerana gegaran di bawah tanah.

Atticus berjaya membunuh Proculus. Walau bagaimana pun, dia juga ditikam oleh Proculus di saat akhir. Cassia bejaya melarikan diri daripada Corvus dengan bantuan Milo. Walau bagaimana pun, mereka tidak berjaya melarikan diri. Kesemua watak mati di dalam kejadian letusan gunung berapi Vesuvius.

***

cerita ni berkaitan dengan Gunung Berapi Vesuvius di Italy. Pada 79 Masihi, Vesuvius ni terkenal sebab meletus dan mengorbankan banyak nyawa. Sekarang, dah tak meletus lagi sejak tahun 1944 tetapi dikira sebagai gunung berapi yang merbahaya kerana sejarahnya. Ada lebih 3 juta penduduk yang tinggal sekitar kawasan gunung itu sekarang.

peninggalan sejarah pompeii yang dimamah oleh gunung berapi

zizie bagi 2.5 bintang untuk cerita ini.
cerita ni agak boring kerana elemen cinta, aksi mahupun politik kurang impaknya.
tak tahu la sebab dorang nak campur adukkan ketiga-tiga elemen sekali gus atau nak fokus kepada kejadian gunung berapi tu menyebabkan cerita ni agak mendatar..

bila tengok cerita ni, especially masa gunung berapi meletus, terbayang-bayang diri ini kalau ditimpa bencana seperti mereka..
Astaghfirullah al azim.. masa tu dalam kepala otak, "nanti aku akan larikan diri macam tu jugak ke apabila tiba hari akhirat?"

dicetak daripada quran.com

You Might Also Like

20 comments

  1. Ok. Nak fikir sama ada nak tengok ke tak

    ReplyDelete
  2. Bestnyer cerita nie... Insha Allah kita dijauhkan dari bencana sebegitu....

    ReplyDelete
  3. uish, gempak cerita ni... macam best!

    ReplyDelete
  4. walau apa pun akhirat itu pasti kan zie...tinggal kita je pilih nak bawa amalan baik atau sebaliknya....

    so best tak citer ni? ke boring2 je? ika aritu tengok 300 : rise of empire ngn need for speed...melayankan tunang pi tengok wayang..haha...orang busy dia ajak tgk wayang..tp nk review kt blog tak sempat kut T_T

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    Bunda jarang sangat tengok movie..

    ReplyDelete
  6. pernah baca review kata movie ni tak best. tu yg tak tengok. huhu

    ReplyDelete
  7. wah review mcm best...nanti try nak pegi tgk....

    ReplyDelete
  8. pasal Pompeii dulu rupanya.. last tengok movie kat cinema Vampire Academy.. sekarang takde lagi tengok movie terbaru :)

    ReplyDelete
  9. menarik review filem ini.. kalau 3D lagi rasa takut sebab macam kat depan mata je ia berlaku..

    ReplyDelete
  10. alamak ada adegan yang tak patut tak ? kalau tak ada nak pergi tengok.. kalau ada x nak

    ReplyDelete
  11. Acik, even cerita ni kategori 18SG, xde adegan yang panas pun. :)

    ReplyDelete
  12. Wah wah wah.. qila nak sangat tengok. Nampak mcm gempak je heheheheeh thanks share ni kak weh. Timo kasih banyok hehehe. Tapi tok de kot nok gi sano tengok hm

    ReplyDelete
  13. macam tak berapa best je... boring ek?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum awak.. akak dah lama tak tengok wayang.. selain cerita ni, ada lagi cerita best tak? hehehe singgah sini sambil klik tabung ~~~

    ReplyDelete
  15. serious teringin gila nak tengok cerita ni bcs masa sekolah subject sejarah ada cerita pasal pompei. and i start wondering and curious. rasa nak tahu lagi and ada lah cikgu cerita sikit sikit. hehe.

    ReplyDelete
  16. 2.5 jer? dhia belum tengok lagi nanti bila senang tengok la. tapi entah bila. hahahha...

    ReplyDelete
  17. x sempat nk tengok hari tu, sbb tak tergerak hati pun nk tengok.. hehehe
    tapi kawan yg tengok, dia kata sound cerita tu best..

    ReplyDelete
  18. Jarang dah k nrl tgk movie2 camni...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.