Assalamualaikum wbt
Ucapan terima kasih menunjukkan keikhlasan dalam menerima sesuatu sama ada menepati ataupun tidak dengan citarasa. Berterima kasih atas pemberian orang lain adalah tanda bersyukur kepada Allah SWT.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ »
.
Ertinya: “Abu Hurairah r.a. berkata, bahwa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.”
HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, 1/702.
Rasulullah s.a.w. sangat mementingkan hubungan silaturrahim sesama manusia malah Baginda s.a.w. juga telah menyebutkan mengenai membalas kebaikan yang diterima oleh seseorang dengan memberi lafaz“Jazakallah khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan).
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ
Ertinya: “Usamah bin Zaid berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang dibuatkan kepadanya kebaikan, lalu ia mengatakan kepada pelakunya: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh ia telah benar-benar meninggikan pujian.”
HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al jami’, no. 6368.
Namun begitu ini tidak bermakna tidak boleh melafazkan dengan ucapan lain seperti terima kasih, thank you(bahasa Inggeris), arigatou gozaimasu (Jepun ), Xie-xie (Mandarin) Syukriya (Hindi), Dhan-ya-vaad (India National Language) dan sebagainya.
Murahkan lafaz tersebut supaya si pemberi itu bergembira dengan usaha dan pemberiannya. Dengan itu juga hubungan silaturrahim akan lebih erat. Kekadang dengan hanya lafaz serta diiringi dengan air muka yang ‘mengharukan’ juga dapat memuaskan hati si pemberi tersebut. Serlahkan rasa syukur dan gembira kerana mendapat sesuatu daripadanya. Adalah lebih baik lagi sekiranya kita dapat membalas pemberiannya berupa barangan juga.
Walaupun kita dilarang untuk mengharapkan ucapan terima kasih dari seseorang yang menerima pemberian, tetapi orang yang menerima perlu TAHU bahawa dia perlu mengucapkannya dan menghargainya. Begitu indahnya Islam.. sebab itulah kita tidak boleh mengambil ajaran Islam ini separuh-separuh atau pilih-pilih sahaja. Islam itu adalah agama yang SYUMUL (sempurna) jadi berpeganglah kepada agama Islam kerana dengan itu kita kembali kepada FITRAH.
sumber:
Pusat Islam
Universiti Teknikal Malaysia Melaka













