Sebagai seorang muslim, dah lepas dosa aku sebab dah tegur korang |Dulu aku pernah post pasal Adab menegur kawan. Semalam adalah kawan aku bercerita pasal kawannya dah berubah ke arah kebaikkan. Alhamdulillah. Cuma cara menegurnya saja agak rasa terguris hati si kawan ni.
Katanya, setiap akhir nasihatnya pasti terselit ayat, "sebagai seorang muslim, dah lepas dosa aku sebab dah tegur korang."
Betullah. Bila kita dah menegur kawan-kawan kita, tetapi kalau dia tak nak dengar cakap, kita dah lepas dari segi dosa. Tapi, kalau sebagai seorang rakan karib, not so sweet la ayat tu.
Teringat aku peristiwa masa sekolah menengah dulu. Aku dah tak ingat sangat isu kawan-kawan aku ni gaduh, tapi aku masih ingat kata salah seorang kawan aku ni, "Kita ni jangan lagi teruk dari ketam. Ibu ketam walaupun ajar anak-anaknya untuk jalan straight even though dia sendiri tak straight, tapi dia ada usaha untuk mengajar dan mengajak. Kita ni kalau dah tahu kawan tu buat salah, kita tegur, tapi jangan biar macam tu je. Ajaklah sekali, bawa dia sekali ke arah yang betul."
Apa yang aku boleh simpulkan, kalau kita ni seorang rakan yang baik, kita bukan hanya menyampaikan secara lisan sahaja, tapi melalui perlakuan jugak. Bukan setakat dosa je dah lepas, tapi pahala pun dapat lebih. Tak gitu?
Aku pun tak adalah pandai sangat menegur orang. Sebabnya, bukan senang seseorang tu nak menerima teguran. Silap-silap, tak mahu dah kawan dengan kita. Facebook, twitter, instagram, mahu di blocknya. Tapi, kalau dibiarkan, kita yang sakit hati. Aku prefer tegur dan kalau rasa apa yang aku tegur tu salah, cakap je. Aku suka cara macam ni. Lepas tu, takde la nak terasa hati. Itu yang lagi merapatkan aku dengan kawan-kawan (love you #xoxo).
Lagi susah orang nak terima bila diri tak adalah sebaik mana. Sebab tu aku kata, kita ajak sekali dia buat kebaikkan. Bak kata ustaz azhar idrus, benda yang dipaksa-paksa ni lama-lama akan jadi ikhlas. Insya-Allah.