Salam Maal Hijrah 1437 | Alhamdulillah.. Harini dah masuk 1 Muharam.. Cakap pasal 1 Muharam, teringat pulak lagu peristiwa 1 Muharam yang ustazah kelas kafa pernah ajar dulu. Formula untuk mengingati peristiwa pada 1 Muharam. Gosh.. I miss the old days..
Nak masuk 1 Muharam, zizie ditimpa dugaan dengan sakit pulak. Hanya selsema sehingga susah nak bernafas dan tidur sahaja. Mungkin Allah nak menegur kesilapan zizie yang terlanjur berkata kot. Walaupun berasa nikmat sihat itu ditarik, tapi diberi nikmat sakit pulak. Sakit kan dapat menggugurkan dosa-dosa kecil. InsyaAllah..
Tema Maal Hijrah 1437 - Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Sempena Maal Hijrah ni, semoga ada perubahan terutama dalam diri kita sendiri. Kalau kita rasa kita dah cukup baik, perbaikkan lagi menjadi lebih baik. Semoga dipermudahkan urusan kita.. insyaAllah.. Transformasi diri sendiri menjadi akar umbi untuk tranformasi yang lain..
Jangan lupa ye baca doa akhir tahun after Maghrib nanti.

