Oblong Burger Station, Burger Kampung Lapan Yang Berwarna Warni! | Korang mesti ada seorang kawan yang perangainya tiba-tiba mengidam nak makan sesuatu kan? Ayu, is one of them. Kali ni, ayu mengidam nak makan Burger Kampung Lapan atau nama officialnya, Oblong Burger Station. Teruja tau nak makan kat sini sebab this is the first time Zizie melihat colourful burger depan mata sendiri.
![]() |
| Tortilla Ayam |
Disebabkan Zizie baru sahaja makan nasi as my dinner even though dah 3 jam berlalu, Zizie cuma order Tortilla Ayam. Rasanya sangat enak! Ayamnya dimasak dengan sempurna dan sangat lembut. Maybe, mereka boleh wrap the tortilla supaya mudah untuk dimakan. Apabila dimakan dengan menggunakan garfu dan pisau, isinya akan terkeluar. Bila dah wrap, boleh la nak menikmati hidangan tortilla dan intinya dengan sempurna.
![]() |
| Red Rice Chicken Burger With Cheese |
This one is Hong Ji Wen's. Jangan ingat warnanya hanya sekadar hiasan. Sebenarnya, roti burger ini mempunyai flavour tersendiri kerana red rice mempunyai perasa strawberry. Itu pun diketahui selepas ayu merasanya.
![]() |
| Green Tea Burger. |
Yang ini pula perasa Green Tea Chicken Burger dengan chicken floss yang diorder oleh Azie. Walaupun namanya Green Tea, menurut azie dia tak rasa pun perasa green tea. Well, kalau ada rasa green tea, pahit la pulak. Siapa nak makan burger yang pahit?
![]() |
| Charcoal Burger. |
Ini pulak untuk orang yang mempunyai selera besar seperti Ayu. Charcoal Burger Max. Max bermaksud burger tersebut mempunyai 4 2 kepingan daging burger. Ask yourselves how to finish it because I'm still in shock how Ayu can ate all of it.
Setiap burger mempunyai saiznya tersendiri dengan harga yang berbeza. Dan semestinya berpuas hati dengan hidangannya. Banyak lagi hidangan lain yang disajikan. Memandangkan lokasinya sangat dekat dengan rumah zizie, next time zizie akan pergi lagi! Woohoo!!
Lokasi:
Oblong Burger Station hanya berhadapan dengan Asrama Kolej Profesional Mara (KPM) Melaka.





