Resipi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Yang Mudah dan Sedap

19.1.18
Beberapa hari lepas, Zizie mencuba masak pucuk paku masak lemak. Zizie bukanlah tak tahu memasak masak lemak. Pernah aje zizie buat masak lemak ye. Cuma tak pernah masak pucuk paku ni. Siang pucuk paku pun tak pernah. Pening kejap nak siang macam mana; kalau tercekik batang keras kan, naiya. Terima kasihlah kat Kak Illya dan Cik Nor sudi bagitahu cara-caranya. Kalau google resipi pun, tak ada guide lengkap. Huhu.

Zizie nak share resipi Zizie, lagi-lagi untuk orang yang baru nak belajar memasak atau suam-suam kuku pandai memasak macam Zizie. Hehe.

Pucuk Paku Masak Lemak
Hidangan untuk: 3 orang


Bahan-bahan:
  • Seikat pucuk paku (Zizie beli kat pasar malam RM 1 sahaja seikat. Asingkan daun dan batang. Batang tu patahkan guna tangan aje. Kalau sampai kat bahagian keras atau tak boleh nak patahkan, jangan guna ye.)
  • 2 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sepotong kunyit hidup sepanjang 1 inci (guna ibu jari pelipat atas aje)
  • 5 biji cili api yang dibuang tangkai (kalau nak lagi pedas, tambah la lagi)
  • Serai yang dah diketuk
  • Ikan bilis (yang ni ikut korang la nak letak berapa banyak)
  • Udang geragau (Optional. Tak nak letak pun takpe.)
  • Sekotak santan KARA
Cara-cara:
  • Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api. Kalau nak ala-ala tradisional, boleh la ketuk dengan lumat. Zizie tak ada lesung, so kisar la.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan serai.
  • Agak-agak dah layu sikit serai tu, masukkan santan. Pastikan api dalam keadaan perlahan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tak berketul.
  • Masukkan batang pucuk paku, ikan bilis dan udang geragau.
  • Masukkan air dan kacau sehingga mendidih. Masa nak masukkan air, Zizie refill kotak santan KARA aje dalam 1 kotak setengah.
  • Bila batang pucuk paku dah lembut, masukkan daun pucuk paku.
  • Bila daun pucuk paku dah layu, siap!


Masa buat masak lemak ni, Zizie terlupa nak kisar cili api. Nasib baiklah Zie tak berjodoh dengan orang Negeri Sembilan. Rasanya, mahu kena marah kalau takde cili api. Kehkehkeh. Masak lemak ni senang saja sebenarnya. Yang lambatnya nak menyiang pucuk paku tu aje. Hahaha. Korang kalau tak pandai memasak sangat, cubalah resipi mudah ni. Ekau ingat Zie ni terer sangat ke memasak? Ni haa, menjadi jugak. So, tak pandai bukan alasan tak memasak tapi malas yang menyebabkan korang tak masak. Hehehe.

Masakan ni memang sodap di makan dengan nasi panas, ikan goreng dan budu. Gabungan mantap uolls. So, selamat mencuba ye korang. Jangan malas-malas.

Till then, bye!

You Might Also Like

5 comments

  1. Alolololo...alhamdulillah..yeyyyy...sedap ni...kalau keluarga kak PC bila ada sayur pucuk paku ni...kena ada ikan masin atau telur masin...fuh....belum cuci tangan dah lelap kekenyangan...
    Betul zie..kalau rajin...ada kemahuan nak cuba...1000 usaha pun redah...good zie..syukur.

    ReplyDelete
  2. sedap sedap. this is one of my fav

    ReplyDelete
  3. sedapnya pucuk paku! Sayang betul kat sini takde jual.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... Dah lama tak makan. Hmmm bab nak menyiang sayur tu la yang melemahkan...

    ReplyDelete
  5. Pucuk paku masak lomak cili api. Memang sodap tu kak. Hihi. Dimakan bersama ikan kering, sodap bangat. hihi. :D

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.