Jadi Superhero Dengan Menderma Darah
3.6.17
Salam Ramadhan kepada para muslimin semua. Sigh. Lama jugak tak dapat buka rumah maya ni sebab internet kena barred haritu. Huhu. So, there are a lot of thing aku ketinggalan. Termasuk nak publish entry ni. Yes. Entry perap! So, let's straight to the point.
Alhamdulillah, aku berjaya menderma darah. Hampir tak berjaya juga sebab aku makan biskut je pagi tu sebab hujan dan tak boleh pergi beli breakfast. Thanks to my officemate sebab sponsor nasi lemak.. hee.. So, bila derma darah tu, lancar aje darah ni keluar. Hihi.
This is my third trial nak menderma darah. Kali pertama masa zaman asasi; ada kelas sampai ke petang dan masa sampai dorang dah nak kemas-kemas dah. Kali kedua this year jugak around January or February. Tapi disebabkan aku ada ambil antibiotik, so aku tak boleh derma. Dan akhirnya kali ketiga, aku berjaya! Yes!
Okay, disebabkan masa kempen menderma darah ni ramai jugak yang tak lulus untuk menderma kerana faktor-faktor tertetu, aku nak share DO's and DON'Ts For Blood Donation. Dalam bahasa ibunda, Apa yang korang perlu buat dan tak boleh buat untuk menderma darah. Consider sebagai Tips/Peraturan Untuk Menderma Darah.
Sebelum menderma darah, korang kena pastikan:
1. Berumur antara 18-60 tahun bagi penderma kali pertama atau 18-65 tahun bagi yang pernah menderma. Pernderma 17 tahun perlu mendapat surat kebenaran ibu bapa.
2. Berat badan mestilah 45 kg ke atas.
3. Pastikan korang tidur malam selama 5 jam dan ke atas.
4. Makan makanan yang tinggi karbohidrat pada waktu pagi. Korang kena makan sebelum menderma untuk mengelakkan korang kekurangan tenaga. Kalau gap waktu menderma dengan waktu makan korang dalam 2-3 jam, korang akan dibekalkan minuman milo untuk mengelakkan korang tidak bermaya selepas menderma darah.
2. Berat badan mestilah 45 kg ke atas.
3. Pastikan korang tidur malam selama 5 jam dan ke atas.
4. Makan makanan yang tinggi karbohidrat pada waktu pagi. Korang kena makan sebelum menderma untuk mengelakkan korang kekurangan tenaga. Kalau gap waktu menderma dengan waktu makan korang dalam 2-3 jam, korang akan dibekalkan minuman milo untuk mengelakkan korang tidak bermaya selepas menderma darah.
5. Pastikan korang dalam keadaaan sihat. Ini sangat penting tau. Kalau dah tahu tak berapa sihat janganlah sibuk-sibuk nak menderma. Terus kena reject. Sekiranya korang ada mengambil antibiotik kurang dari tempoh seminggu dari tarikh menderma darah, korang automatik tak boleh menderma darah.
6. Bagi perempuan, pastikan korang tidak mengandung atau menyusukan anak. Jika korang didatangi haid atau period, sila check keaadaan anda. Seawal tiga hari period, korang memang tak boleh menderma darah. Kalau lebih dari tempoh itu tetapi keadaan period anda heavy seperti di awal period, juga tidak dibenarkan. Korang dah banyak turun darah, that's why korang tak boleh menderma.
7. Jika ahli keluarga korang mempunyai sejarah seperti Hepatitis B dan C, korang perlu mendapatkan surat daripada doktor bahawa korang bebas daripada penyakit-penyakit tersebut dengan menjalani pemeriksaan. Walaupun korang dah pernah check dan tiada penyakit tu, korang tetap kena bawa surat kebenaran doktor untuk mengelakkan kes penipuan.
8. Jika pernah menderma, pastikan korang telah menderma darah melebihi 3 bulan.
9. Bagi yang pernah menjalani pembedahan, pastikan telah menjalani pembedahan selama 6 bulan.
10. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
9. Bagi yang pernah menjalani pembedahan, pastikan telah menjalani pembedahan selama 6 bulan.
10. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
- Bertukar-tukar pasangan seks.
- Mengambil dadah secara suntikan.
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
Yeah! I'm super duper hyperactive at that time. |
Of course la selepas menderma darah, dapat sedikit makanan dan vitamin. Okay, mitos kalau menderma darah selera makan akan naik. Selera makan korang naik sebab korang makan vitamin tu. Disebabkan selera makan aku ni boleh tahan jugak, aku bagi vitamin kat orang yang lebih memerlukan. Hehe.
So my dears, kita tak perlukan superpower pun untuk selamatkan nyawa orang. Cukuplah dengan 350 ml darah yang anda menderma. Lets donate some blood and be a superhero!
6 comments
Tahniah kak Zizie! pernah Hana makan keropok lekor sebatang aje, memang lemah la lepas derma. alhamdulillah takde nak pitam. dahla ngah sorang sorang haha
ReplyDeletecongrats Zizie..akk pun tak pernah dapat peluang utk derma darah lagi..teringin sangat.
ReplyDeletedari dulu teringin nak derma darah ni. tapi tak layak-layak sebab tak cukup berat badan huahua
ReplyDeletealhamdulillah..saya baru je derma darah juga
ReplyDeleteJanjiKita
selamat berpuasa zizie.. kak nina xpernah lg derma darah takut hehe
ReplyDeleteTahniah Zizie, akak dulu pun penah nak cuba menderma darah, sekali check tak lepas syarat iaitu akak kekurangan antibodi dalam badan, so doktor tak sarankan akak derma darah...
ReplyDelete