180 Darjah | Assalamualaikum. Hidup
kita ni boleh berputar 180 darjah. Bagaikan roda, ketika selesa di atas, tetiba
berada di bawah. Tak sesiapa tahu melainkan Dia. Begitulah hidupku. Secara
tiba-tiba, tanpa aku sedari aku hidupku berputar 180 darjah. Memang setiap jalan
cerita dan keputusan semuanya terpulang kepada aku. Tapi, siapalah aku untuk
melawan rencanaNya.
Siapa sangka kan?
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ketika aku jatuh, barulah aku
tahu siapa yang sudi menghulurkan bantuan. Siapa yang akan membisikkan
kata-kata semangat. Siapa yang akan berada di sisi. Ke mana hilangnya
kawan-kawan di waktu bergelak ketawa ketika kita meratap kesedihan?
Aku terima ujianNya.
Aku terima dengan redha. Sekurang-kurangnya, Dia memberiku petunjuk sebelum
keadaan menjadi teruk. Sekurang-kurangnya Dia memberi aku peluang untuk
memperjuangkan diri ini. Sekurang-kurangnya, dia menunjukkan aku siapa kawan
yang sebenar. Sekurang-kurangnya perkara yang berlaku menguatkan ikatan
keluargaku. Sekurang-kurangnya dia betul ikhlas mencintaiku.
Siapalah yang tak
sedih, lain yang diharapkan, lain yang menjadi. Lain orang yang kita bergantung
harap, lain orang yang menghulurkan tangan. Tapi, indah rupanya rencanaNya.
Bagaikan pelangi selepas hujan, aku dapat menarik nafas lega di samping
keluarga dan orang yang aku cintai.
Walaupun belum lagi
menemui ‘nafas’ yang baru, aku bersyukur kerana hadirnya insan-insan yang
bertungkus-lumus membantu ketika aku putus asa. Mungkin ini tempoh rehatku
untuk aku menempuh ujian-ujianNya di masa hadapan. Terima kasih atas kenangan
manis dalam pahitnya Ya Allah. Terima kasih kepada yang sentiasa bersama dan
memberi kata-kata semangat kepadaku. Anda tahu siapa anda.