Sikit Lagi Nak Menangis.

26.2.15
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Alkisahnya, zizie nak naik bas ke Melaka pada hari Sabtu lepas. Zizie sampai di stesen bas Kuala Terengganu pada pukul 9.20 malam. Dekat tiket dah tulis yang bas akan bergerak pada pukul 9.30 malam. Dah jumpa bas yang tertera destinasi ke Melaka, tapi bila dah hulur tiket drebar bas cakap yang tu bukan bas zizie.

Zizie pun ke hulu hilir la 3 lorong bas untuk cari bas zizie. Lepas tu, zizie k kaunter tiket untuk mintak no plat bas. Bila ditanya, abang kat kaunter tu bagitahu bas zizie dah ada. Carilah lagi bas zizie tu dengan mak. Tapi tak jumpa-jumpa.

Pergi sekali lagi ke kaunter tiket dan bagitahu tak jumpa bas. Senang betul jawapan yang diberikan, "kalau tak ada, dah gerak la tu." Kakak kaunter suruh zizie kejar bas tu ke Marang. Bukan apa, zizie dan kakak bukannya tahu sangat jalan ke Marang tu. Nanti, lain pulak jadinya. Sesat sebab nak kejar bas. Rasa nak menangis je kat situ. Huhu. Lagipun, zizie dah sampai awal. Takkan la bas gerak awal. Pelik!

Masa tu dah hampir 9.40 malam. Akhirnya, seorang pak cik dalam kaunter tu teman zizie untuk cari bas sekali lagi. Nasib baiklah pak cik tu kenal owner bas tu dan owner bas bagitahu yang bas zizie tersekat dalam traffic jam. Almaklumlah. Tahu Baru Cina.

Ya Allah... syukur sangat zizie tak terlepas bas. Tak putus-putus la ucap terima kasih kat pak cik tu. 5 minit lepas tu, bas zizie pun dah sampai dan tetiba ada announcement ketibaan bas tu. Tak faham la macam mana abang kat kaunter tu boleh cek yang bas tu dah sampai awal2.

Hish! Memang geram! Dahlah kaki mak zizie bukan boleh banyak jalan sangat. Bertambah geram bila mengingatkan abang ngan kakak kaunter tu memberikan servis yang sambil lewa.

Bila kerja yang melibatkan servis, mesra pelanggan tu perlu. Barulah customer rasa dihargai dan setimpal dengan servis yang dibayar. Kerja tu kan amanah.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

23 comments

  1. ni kira kes mendera customer ni..

    nasib baik xterlepas bas.. huhu

    ReplyDelete
  2. boleh pulak buat macam tu dekat customer. haishhh.

    ReplyDelete
  3. memang takut sangat kalau tertinggal bas kan. nasib baek taknangis kat kaunter tu. T^T

    alhamdulillah ada pakcik baek yg tlg kan. :)

    ReplyDelete
  4. Menangislah kerana dosa jangan menangis selain padaNya...

    ReplyDelete
  5. saya yg baca ni pun geram jugak kak. mmng tak patut dia bagitau benda yg salah kat penumpang. tak pasal2 kita yg kelam-kabut cari bas tu padahal bas belum sampai lagi.

    ReplyDelete
  6. kadang2 geram juga dgn org yg buat kerja sambil lewa sampai susahkan org lain.

    ReplyDelete
  7. kadang2 geram juga dgn org yg buat kerja sambil lewa sampai susahkan org lain.

    ReplyDelete
  8. dkt malaysia ni kan servis mmg slalu teruk.. especially kalau dot dot dot. hehe.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semuanya selamat, kak ana faham apa yang zz alami kerana dulupun kak ana pengguna bas awam utk balik kg, macam2 kes siap sekali tu tiket kak ana org lain duduh sama seat,nasib ada seat kosong, tapi kerani kaunter tiket tu memang buat naik darah kan..

    ReplyDelete
  10. macam-macam orang kita akan jumpa atas muka bumi Allah swt ni hmm

    ReplyDelete
  11. eh sakit hati aku baca eiii biadap betul eh akak abg dkt kaunter tu ish
    sabar eh kak zizi jgn nangis nangis ok hiks.

    hmmm tapi mmg geram lah kalau benda cemni jadi kan. kita risau, punya lah pikir mcm mcm ish.

    hmm betul lah hihi cny kan, mesti lahhhh lambat sikit dop hihi
    nasibaik kak zizi mmg tepat pd waktu ;)

    ReplyDelete
  12. sabar banyak banyak ye...



    jemput join GA http://www.rinaprettyhealthy.com/2015/02/giveaway-segment-with-rina-pretty.html

    ReplyDelete
  13. BLOGWALKING HERE..

    #nuffnangclick
    #visit me on shukranzahari.blogspot.com
    #happy blogging

    ReplyDelete
  14. Huhu sabor jela ye... Nasib baik jam...leyh kejo bas hehe

    ReplyDelete
  15. cuakkk kan kak jd mcm tu .. syukur :) nsb jpe taww :) rindu kak zizi :*

    ReplyDelete
  16. kesiannya....apepun bersabar yea..nasib baik masih berpihak kt awk :) syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  17. Ish. Geramnye baca! Tak bertanggungjawab betul pekerja di kaunter bas tu. Senang2 je buat customer mcm tu. Nasib jumpa pkcik yg baik hati.

    ReplyDelete
  18. Penah kena cam nie, Pastu pompuan kt kaunter 2 bole plak siap perli2 kata bas tu xlari. Mmg lah xlari tp bas bole berjalan.huhu

    ReplyDelete
  19. orang sekarang kerja sebab nak duit/gaji, bukan sebab amanah. Tapi, tak semualah. Segelintir je.

    ReplyDelete
  20. Nasib baik kan.
    APapun, kalau kita dah sampai lebih awal, kebarangkalian untuk tetinggal bas tu kurang sebab kita akan sentiasa monitor dan hati-hati. Kalau lewat tu memang sesak la tu.
    Sikit lagi nak nangis yer....heheheh.

    ReplyDelete
  21. boikot je sykt bus tu pasni...haha

    ReplyDelete
  22. Assalam zizie,
    alaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaaaiii dugaan
    tapi hangen jugak bila baca he3

    ReplyDelete
  23. Tu lah masalah bus ni, sometimes sampai awal je takpa.. ni kang sampai awal gerak awal. supposedly ikut lah masa bebetul. like tggu orang semua naik and on the right time .. hmmm

    hm sambil tu meh la jenguk jenguk ke blog saya and support my first giveaway okies?

    http://frauananas.blogspot.com/2015/03/ananasgoodmood-tiny-giveaway-p.html

    hehe sudi lah join ya. Jemput ~

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.