Hidup Aman Dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk.

7.12.14
Assalamualaikum wbt.
Heyyo GG!

Alhamdulillah, hadiah hasil menang giveaway bugslock haritu dah selamat sampai beberapa minggu yang lepas. ramai kawan-kawan zizie bertanya, "apa bugslock yang kau post kat blog tu?". Bugslock ialah salah satu produk anti-nyamuk yang berkesan untuk menghalau nyamuk.



Zizie dapat colour hijau dan kuning. Colour kuning telah zizie post ke kampung untuk dipakai oleh baby ilma.



Nampak macho gila la bila pakai colour hijau lumut macam ni. Mula-mula zizie kurang pakai sebab tak berasa sangat kehadiran sang nyamuk. Tetapi, baru-baru ni, masa zizie tengah buat kerja pun dorang datang cium-cium badan zizie. Isk! Kacau betul.

Terus zizie pakai gelang bugslock ni. Bayangkan sebelum zizie pakai, bukan main nyamuk ni permainkan zizie. Pukul tak dapat, kejap kejap datang. Stress ambe dibuatnya. Bila zizie dah pakai, terus takde. Aman gilalah dunia sebab dapat elak kena gigitan nyamuk!

Tetapi, nyamuk tu pergi kacau roommate zizie pulak. Zizie boleh rileks je dengan bugslock gelang penghalau nyamuk ni. Roommate zizie dua kali sembur shieldtox pun tak jadi apa. Yang pasti, bilik bau harum manis sebab bau shieldtox tu. Hehehe. Dear roommate, please grab this awesome bugslock. ;)



Baby ilma pun dah cuba gelang bugslock ni. Disebabkan baby ilma tak boleh bercakap lagi, si uminya la yang jadi madam speaker. Kakak zizie cakap, memang ilma tak kena gigit nyamuk. Biasalah, kalau dah waktu maghrib, nyamuk kat kampung tu kemain berpesta ria la cium kaum kerabat zizie. Apa lagi kalau si baby kulit sensitif ni. Bila dah pakai gelang bugslock ni, takde nyamuk hinggap. Bintat kat badan ilma pun tak ada sebab weolls dah jumpa cara mengusir nyamuk dengan berkesan!

Kakak zizie ni risau betul kalau gelang bugslock ni tak muat untuk ilma. Jangan risau! Tali gelang ni persis tali jam. So, ada lubang yang disiapkan untuk saiz pergelangan tangan korang. Kan baby ilma kan!



Waktu tidur, zizie pakai di pergelangan kaki. eh, dah macam baby pulak kan. bukan apa, zizie memang suka tangan zizie bebas daripada apa-apa barang. lagipun, zizie ni jenis tak selimut kaki. siapa perangai macam saya, kita geng. haha! kekadang, zizie letak bugslock di atas meja bila zizie buat kerja. terbaiklah! boleh menganjing kat nyamuk tau sebab mereka tak dapat gigit zizie lagi. hahaha.

Zizie ada rasa sedikit jealous dengan bloggers yang dapat menggunakan bugslock ni untuk aktiviti outdoor. Nak jugak! Tapi zizie tengah busy siapkan report lagi. Nanti, apabila semuanya dah settle, zizie nak guna untuk aktiviti outdoor pulak!

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea boleh dibeli secara online di :-

Website : www.malaysiabugslock.com
Fanpage : https://www.facebook.com/gelangpenghalaunyamuk




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


posted from Bloggeroid

You Might Also Like

15 comments

  1. Alhamdulillah..rezeki zizie dan baby ilma yang comel juga..2 in 1 zie..

    ReplyDelete
  2. Teringin pula nak beli tapi dekat Canada ni time winter takde nyamuk. hehe

    ReplyDelete
  3. Zumal kena cari gak nie... Nyamuk banyak bila hujan cam sekarang...

    ReplyDelete
  4. eh? mcm mana pulak ada gelang mcm tu? XDD

    nak try laa skali :3

    ReplyDelete
  5. haha. memang berkesan tu bugslock ni. nyah kau nyamuk!

    ReplyDelete
  6. best pakai gelang nih,bau serai..
    shad singgah dari segmen sama kak,
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html

    ReplyDelete
  7. akak pun dulu dapat hadiah dari blogger lepas tu dah habis guna..boleh beli lagi..sebab benda ni anak2 boleh guna masa main kat luar..

    ReplyDelete
  8. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  9. Review yang menarik :).
    <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    ReplyDelete
  10. wah2..bergaya betul gelang tu..eheheh..tahniah yg menang, dpt kongsi lg..

    ReplyDelete
  11. tahniah ya

    http://www.mialiana.com/2014/12/pengumuman-pemenang-giveaway-bugslock.html

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.