My Industrial Practical

12.7.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Alhamdulillah, dah lebih dua minggu zizie dah jalani kehidupan sebagai intern. Rasa bertuah sebab zizie ditemani rakan-rakan yang boleh masuk kepala, tempat berehat yang awesome dan supervisor yang sporting.



Zizie cuma praktikal di syarikat perkapalan yang berdekatan dengan rumah zizie. So, tak perlu la nak kalut bangun awal sangat. Hehehe. Mak cakap, dulu masa abah kerja kat situ, naik bot penambang aje. Sekarang, bot penambang daripada kampung cuma ke Pasar Payang. Kalau tak, dah lama zizie pergi ke sana naik bot penambang dan tak payah susahkan abah.

Zizie ditempatkan di bahagian pembuatan kapal. Kawan-kawan semua terkejut sebab zizie major management dan sepatutnya duduk di office. Takpela. Duduk pejabat boring! Hehe. Kira baguslah dapat duduk kat pembuatan.

Projek kitorang kat sini ialah membuat 5 buah bot bomba. So, basically kitorang buat kerja-kerja seperti grinding, polishing, cutting dan sebagainya.



Tugasan yang paling akan diingati time potong top hat. First, zizie terlupa bahagian yang dipotong tu sebenarnya panas. Then, zizie pegang pulak dengan bare hand dan jari melecur. Nasib baiklah tak teruk. Second, even though dah pakai goggle, besi ni tetap masuk dalam mata. Sampai rumah je, terus titik eye mo. Patutlah pekerja sini, balut muka guna baju macam ninja. Hehehe.

Overall, zizie berpuas hati dengan tempat praktikal zizie. Ada lagi saki baki tempoh LI perlu ditempuhi dan harap-harap everything gonna be alright :D

Nota zizie : rakan-rakan sekalian, jangan lupa doakan untuk penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel!

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

13 comments

  1. Hebat la Kak Zizie. Hehe :) Good luck akak.

    Sama2 kita doakan utk rakyat Palestine. :)

    ReplyDelete
  2. mencabar jugak praktikal zizie nih

    ReplyDelete
  3. best lah dekat dengan tempat praktikal. hihi.

    ReplyDelete
  4. wahh hebat kak zizie. ade gak pengalaman :D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..teori lain..praktical lain..semakin bertambah ilmu..maka semakin berat tanggungjawab..yang penting lunaskan sebaiknya..zie boleh lantaran itu Allah pilih zizie..

    ReplyDelete
  6. wahh.. best giler. selamat berpraktikal ye!

    ReplyDelete
  7. Huyoo..dahsyatnye zizie. Praktikal diaa..btw goodluck eh zizie. Miss zizie sgt2.

    ReplyDelete
  8. hahahah...mcm best je yang bap ptong2 :P

    ReplyDelete
  9. kalau macam ni, mesti tak terasa masa berlalu, tup2 dah habis je praktikal :)

    ReplyDelete
  10. macam susa je tuu..
    memang minat ye?

    selamat bpractikal ~_^

    ReplyDelete
  11. Wah hebat la Zizie... Moga berjaya dalam projek tu yer. Zumal tag Zizie kat sini... Jemput join
    http://duniazumal.blogspot.com/2014/07/ga-cik-anita-saya-nak-menang-baju-free.html

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.