K-Drama & J-Drama Marathon

31.1.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

dapat juga kembali "bersiaran".. hehe..

selain daripada menjadi baby sitter kepada dua orang jejaka ni, ini juga adalah satu aktiviti utama apabila bercuti.
dah lama zizie peram dalam laptop. baru sekarang nak tengok.
kalau setakat cerita jepun yang selalunya dalam 10 episod, dalam satu hari pun boleh habis.
kalau cerita korea, dalam masa dua atau tiga hari juga. itu pun bergantung kepada best atau boring. huhu.

Coffee House


cerita genre comedy romantic ni, bagi zizie, so-so je.
mengisahkan tentang Kang Seung Yeon yang bekerja sebagai secrectary kepada seorang penulis novel thriller yang terkenal Lee Ji Soo.
kalau zizie kena kerja dengan orang macam Lee Ji Soo ni, memang mintak penampar la ada bos macam ni.
cerewet tu mungkin perkara biasa. tapi, dia punya pelik tu, boleh orang hilang sabar gamaknya.

The Princess Man


for your information, cerita ni zizie tengok sejak bulan 6 tahun 2013.
tapi, baru sekarang nak habis. maybe cerita based on history, buat zizie cepat boring.
cerita ni tragis jugaklah. mengisahkan tentang perebutan kuasa untuk menjadi maharaja.
kejam betul Grand Prince Suyang. disebabkan kuasa, sanggup dia bunuh adik beradik sendiri.
mana-mana orang yang tak suka dia jadi maharaja atau cuba nak bunuh dia, satu family kena bunuh. yang perempuan akan jadi orang gaji.
bila dah masuk episod berbelas-belas, barulah ceritanya rasa "hidup" sikit.
yang buat zizie tertarik nak tengok cerita ni pun, disebabkan Park Si Hoo berlakon. hehe.

Sweet Spy


zizie suka tengok muka heroin cerita ni,  Nam Sang Mi. cantik!
Sweet Spy ni bergenrekan romantic-comedy-action.
mengisahkan tentang Lee Sun Ae, seorang polis yang telah kematian suaminya terjebak dengan spy, Han Yu Il.
bila tengok cerita ni, tetiba zizie teringat pulak cerita Fugitive Plan B lakonan Rain.
bezanya, cerita ni pasal spy manakala Fugitive Plan B pasal private investigator.
and for your information, private investigator diharamkan di korea.

Flower Boy Ramyun Shop


dalam drama ni, zizie kenal Jung Il Woo je. hehe.
drama comedy romantic ni tentang Yang Eun Bi, seorang cikgu praktikal telah jatuh cinta dengan pelajarnya sendiri, Cha Chi Soo. Cha Chi Soo merupakan seorang anak orang kaya yang gila demand dan bajet.
selepas kematian ayahnya, Yang Eun Bi mendapati ayahnya telah menyerahkan kedai ramen kepada Choi Kang Hyuk, lelaki kacukan Korea-Jepun. Kang Hyuk juga bertanggungjawab untuk menjaga Yang Eun Bi.

cerita ni, totally lawak.
tiap-tiap episod, mesti bikin zizie gelak. bukan apa, gila mushy la dia punya cinta tu.
ini kalau orang tak tahan jiwang, mahu muntah darah agaknya. hehe.

Hanazakarino / Hana Kimi


cerita ni menjadi kegilaan masa zizie secondary school dulu.
dah tengok banyak kali dah, tapi tetap nak masukkan jugak dalam list drama marathon. hehe.
tak tahan tengok gambar ni. jealous kot, si Horikita Maki bergambar dengan jejaka-jejaka handsome.. huhu..
Ashiya Mizuki menyamar menjadi seorang pelajar lelaki semata-mata ingin membantu Sano Izumi kembali menjadi atlet lompat tinggi. Sano Izumi berhenti daripada sukan lompat tinggi selepas kejadian yang berlaku di Amerika.

zizie minat  Mizushima Hiro yang jadi Nanba Senpai. hehehe.

Hero (2001)


cerita lakonan Takuya Kimura mengisahkan tentang Kuryu Hokei, seorang pendakwa raya
Kuryu mempunyai cara tersendiri menyelesaikan kes-kes dan berpakaian kasual walaupun sedang bertugas.
kalau dah Takuya Kimura berlakon, he never let audience down. thumbs up.

cerita jepun memang totally worth to watch.
tiap-tiap episod mesti ada aje moral value, dan tak terlalu fokus pada cinta sahaja.
manakala cerita korea, zizie tertarik dengan tempat-tempat dalam cerita tu.
even a ramyun shop can looks as an attractive place.

nota zizie : terima kasih kepada bloggers yang sudi exchange bloglist dengan zizie :) join SINI

You Might Also Like

20 comments

  1. Heeee :D
    Bestnyaaa!! Tapi :(
    Qila takpernah tengok lagiii hihihhih <3

    ReplyDelete
  2. straightforward dear..akak tak tau nak komen apa pasal citer2 korea ni..akak mmg tak tengok langsung..:)

    Zizie !.. sorry dear .. keep interest!!:)

    ReplyDelete
  3. Hana kimi je akk tengok dah... Takuya kimira memang best berlakon....

    ReplyDelete
  4. Namba senpai gataiii..hehe..suka jgk tgk hanakimi..nak2 part yg lagu girlfriend tu..hehe

    ReplyDelete
  5. sy tkot lyn drama ..tkot meleret..hehe..movie ye..hehe..

    tp cerita2 tu mcm best je nk dicuba..eh?haha..hanakimi je penah tgok..^_^

    ReplyDelete
  6. Now that you mentioned, Korean drama are quite long compared to Japanese drama.. I used to watch a lot of Japanese drama but I guess nowaday Korean produce much more awesome drama than theirs, however they still winning at Anime xD

    ReplyDelete
  7. ohmai.. yang Hanakimi tu memang best giler kan especially Ikota Tuma tu. Boleh berdarah hidung dia tengok Mizuki.. Lawak giler. Pun still simpan cerita ni, mesti marathon bila rindu kat pelakon-2 dia.. Apa khabor la depa sekarang kan? Pas Korean Wave melanda M'sia ni, cerita-2 Jepun dah kurang dah masuk compare too Korean product..

    ReplyDelete
  8. Saya dah tengok Flower Boy Ramyun Shop! Suka sangat tengok Jung Il Woo dengan Lee Ki Woo.

    Cerita Sweet Spy tu ada Dennis Oh ke?

    ReplyDelete
  9. frankly, i love j-drama more thank k-drama.
    paling suka. j-drama. my boss my hero.
    hahaha. byk sense of humour =D

    ReplyDelete
  10. Assalam...bunda dah lama tak tengok drama2 camni...

    ReplyDelete
  11. seyes flower boy ramyun shop yang paling syok....coffee house story line dia agak terlampau draggy..ahahaha

    ReplyDelete
  12. titew tak kenal mereka semua! hahahaha tapi macam best je.

    ReplyDelete
  13. tak pandai la nk cmmnt ini cerita.. xminattt... haha

    ReplyDelete
  14. bestnya kalau dapat layan semua drama ni..takde masa =__='

    ReplyDelete
  15. Amboi..oo zizie peminat cerita korea ea..hehe..sambil tengok cerita sambil pelajari bahasanya..2 in 1 ni..

    ReplyDelete
  16. betul betul cerita jepun ada moral value kan bila dah tengok tu. dia takde la pasal cinta je. tomato paling suka cerita hanakimi tu. cerita yang lain tak tengok lagi :)

    ReplyDelete
  17. hana kimi best.... hehehe...

    yang lain belum pernah tengok g... hehe...

    "keep smiling"
    ^_^

    ReplyDelete
  18. wah., maner dpt citer hero tu eik., ader lg 1 citer best takuya gak blakon., citer good luck., kisah pasal pilot.,

    ReplyDelete
  19. Hanakimi paling best! disebabkan dulu sekolah laki, selalu terbayang ngan member2 tu skolah kitorang. haha..

    ReplyDelete
  20. akak tak mengikuti drama korea.. drama lain pun akak jarang-jarang tengok, hehe.. masa akak study dulu selalu juga tengok dengan kawan-kawan serumah sewa..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.