Warna Hidup
2.3.13tiap insan itu putih asalnya..
diri sendiri mencorak bentuk dan warna di atas putih..
bila dipalit setitik hitam, hati mula sesal..
putih tiada lagi serinya..
lalu kau tanya pada hati..
hati tidak mahu dicerobohi!
lalu kau ikat kemas tanpa satu angin dapat laluinya..
dan renungan orang kau anggap bagai satu tusukan..
tusukan yang bisa bakal meragut nyawamu..
biar diri bagai boneka..
asalkan ianya tersimpan rapi..
biar diri di bawa arus..
agar diri tidak karam dilanda tohmahan..
biar hidup sepi..
agar dikau damai..
tetapi hati kecil tidak mampu menipu..
kau ingin lari..
kau ingin terbang dengan bebas..
tetapi kau masih terduduk di situ..
andai satu hari kau bebas terbang bagaikan camar..
jangan biarkan dirimu diselimuti selubung hitam..
andai satu hari kepompongmu musnah..
bisikkan kata, "Alhamdulillah"
dedicated to LZ
hope you'll be just fine :)
3 comments
warna... hebat cara penyampaian..
ReplyDeleteso touching bacaa ni dear..nice, look like a poem...hee..
ReplyDeleteI miss zizie.. acane? :p
ReplyDelete