P.O.V #14 : Pandang Orang di Bawah
2.3.12
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah." (Riwayat Muslim)
bila zie baca hadis di atas,zie teringat Herr Amnoi...
Herr Amnoi ialah guru bahasa Jerman zie masa sekolah menengah dulu...
Herr = guru lelaki, Frau = guru perempuan...
Herr Amnoi nie seorang non-muslim berbangsa Thailand..
tetapi, fasih berbahasa Melayu dan pandai menulis dan membaca jawi...
masa sekolah dulu, kitorang wajib belajar bahasa asing..
sama ada Jepun, Jerman atau bahasa Arab..
student yang ambil bahasa Jepun, akan belajar di bilik khusus yang ada air-cond..
manakala yang ambil bahasa Jerman juga belajar di bilik khusus tetapi tak ada la air-cond mcm bilik Jepun..
tetapi, lengkap dengan alat bantu mengajar yang diperlukan...
bahasa Arab pula, hanya belajar di kelas tingkatan kami..
yang ada whiteboard,kerusi dan meja.. tak lupa kipas dan lampu :)
satu hari, kawan zie tanya kat Herr, "Herr, nape kita tak dapat bilik macam budak Jepun?"
"Kamu asyik tengok yang atas je.. cuba kamu tengok yang bawah pulak, macam budak Arab.. dorang just duduk di kelas kamu.. tak boleh tengok video macam kamu, tak boleh bukak radio macam kamu...", betul jugak cakap Herr..
"Tapi, bebudak Arab nak tengok sape pulak kat bawah?", tanya kawan zie, tak puas hati..
"Mungkin dorang boleh tengok orang yang belajar di sekolah pondok, di India?", bidas Herr.
"Habis tu, yang belajar di sekolah pondok, di India, nak tengok sape pulak?", kawan zie masih tak berpuas hati.
"Kamu ni, bersyukur la dengan apa yang ada.. apa lagi yang kamu tak berpuas hati dengan apa yang ada sekarang?", tanya Herr.
betul cakap Herr, apa lagi yang kitorang tak puas hati lagi time tue...
kalau setakat air-cond, duduk dalam kelas tue bukannya panas sangat...
dahlah Herr tue punya baik...
kalau tak puas hati sangat, gi la masuk bahasa Jepun...
berdasarkan hadis di atas, sebenarnya tinggi darjat orang yang bertawaduk nie..
tawaduk ialah merendah diri di hadapan Allah..
sebab orang yang bertawaduk nie takkan mensia-siakan nikmat Allah..
sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan...
Allah tak makbulkan apa yang kita mahukan,kerana Dia ingin berikan apa yang kita perlukan..
sweetkan Allah S.W.T...
Maha Bijaksana dan Maha Penyayang yang mempunyai seribu satu cara untuk kita mengingati dia...
0 comments