Jumanji :Welcome To The Jungle (2017)

16.1.18
Assalamualaikum dan hai semua. Sepatutnya nak post entri ni dari minggu lepas tapi Zizie tersangkut tengok drama Queen for Seven Days pulak. Hehe. Seperti dalam entri yang lepas, Zizie ada mentioned yang Zizie dah tonton cerita Jumanji : Welcome To The Jungle. Ini merupakan pertama kali Zizie ke panggung wayang di Lotus Five Star (LFS) Cinema di Paya Bunga Square Kuala Terengganu sebab iolls anak perantau kan. Ye uolls, after a long time akhirnya ada jugak panggung wayang kat Kuala Terengganu tu. Hehehe.

Zizie menonton filem Jumanji ni bersama-sama Along, Abang Long dan Aqif. Aqif ni la nak tengok sangat sebab dia tak pernah masuk panggung wayang lagi. Amboi abang Aqif, first time tengok wayang Andak yang belanja. Bertuah kan.



Synopsis

Four high school kids discover an old video game console and are drawn into the game's jungle setting, literally becoming the adult avatars they chose. What they discover is that you don't just play Jumanji - you must survive it. To beat the game and return to the real world, they'll have to go on the most dangerous adventure of their lives, discover what Alan Parrish left 20 years ago, and change the way they think about themselves - or they'll be stuck in the game forever.

Sinopsis

Empat pelajar sekolah menengah menemui konsol permainan video lama dan ditarik ke dalam tetapan hutan permainan, secara langsung menjadi avatar dewasa yang mereka pilih. Apa yang mereka dapati adalah bahawa mereka tidak hanya bermain Jumanji - mesti mesti bertahan hidup. Untuk mengalahkan permainan dan kembali ke dunia sebenar, mereka perlu menjalani pengembaraan yang paling berbahaya dalam hidup mereka, mengetahui apa yang telah ditinggalkan Alan Parrish 20 tahun yang lalu, dan mengubah cara mereka berfikir tentang diri mereka sendiri - atau mereka akan terjebak dalam permainan selama-lamanya.



Jumanji 1995

Jumanji Welcome to The Jungle ialah sekuel daripada Jumanji 1995 yang dibintangi oleh arwah Robin Williams, Kirsten Dust dan Bradley Pierce. Tetapi Jumanji 1995 ialah sebuah papan permainan dan ianya berevolusi menjadi video game konsol di dalam filem Jumanji Welcome to The Jungle (2017)

Review Jumanji: Welcome to The Jungle

First of all, dengan gabungan pelakon Dwayne Johnson (The Rock), Kevin Hart dan Jack Black, of course la cerita ni sangat menghiburkan. Mereka bertigalah punca Zizie berasa teruja nak tengok filem ni. Di setiap scene, ada saja gelagat dorang yang tak kering gusi lebih-lebih lagi karakter di dalam game adalah berbeza dengan kehidupan mereka yang sebenar.

Bayangkan The Rock dalam kehidupan sebenar, dia ialah seorang budak nerd yang kurus kering. Suddenly dapat badan sasa; abang sado gitu. Memang lawak bila dia impress dengan diri dia sendiri yang kuat. Hahaha. Jack Black pulak sebenarnya dia seorang pelajar perempuan yang popular di sekolah. Memang rasa takleh blah la tengok dia sissy gila dalam filem tu. Adoi.

Kemunculan Nick Jonas sangat mengejutkan Zizie sebab sebelum pergi tengok filem ni, Zizie takde buat research pun. Just sekali dua tengok trailer dia yang tak ada Nick Jonas dan bila ramai kata filem ni best dan memang dah lama pun Zizie nak pergi tengok, Zizie memang tak tahu yang Nick Jonas berlakon sekali. Korang kena tengok sendiri ye kalau nak tahu apa watak Nick Jonas dalam filem ni.

Watak Karen Gillan pun menarik sebab in reality, dia just seorang budak perempuan yang nerd. So, bila dia jadi hotties dalam game, siap nak kena goda penjahat, dia memang tak reti. Hahaha. Buruk sangat masa dia nak jadi girlish. Bak kata Kevin Hart, macam orang dah tak berapa betul. Hahaha. Kevin Hart, kalau tak bawak watak yang banyak membebel memang tak sah kan. Dalam filem ni pun ada je yag dia nak complain itu ini. Isk isk isk.

Zizie sebenarnya tak berapa puas masa kemuncak filem ni. Rasa kekurangannya di situ. Kalau boleh, nak lagi scenes yang mengujakan. Peleraian cerita pun ada kekurangannya. Just lawak sebab dorang boleh dengar bunyi gendang Jumanji tu je. Annoying jugaklah bunyi gendang Jumanji tu. Hehehe.

Kalau nak compare dengan Jumanji 1995, Zizie pun dah tak berapa ingat filem sebelum ni macam mana. So, I can't compare which one is the best. Korang kena tengok sendirilah barulah korang feel sendiri. Zizie jamin tak rugi tengok Jumanji 2017 dan untuk rating Zizie bagi 8/10!

Tangan The Rock empuk uolls. Hahaha

Thank you Jumanji : Welcome To The Jungle. We were really had fun watching this movie and of course this will be a mesmerizing moment to my nephew since this is his first time watched movie in cinema.

Till then, bye!

You Might Also Like

7 comments

  1. Okay bab ending tu je la kureng.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi zizie la sebab zizie rasa dorang boleh upgrade lagi ending tu.. hehe

      Delete
  2. Cite ni best kan. GV lom sempat tgk lagi. huhu. Btw, GV follow blog akak ya. Salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  3. tak sempat tengok cerita ini lg

    ReplyDelete
  4. Memang nak tengok tapi kekangan masa membataskan. haha.. tunggu download sendiri je laa.. Peminat Jumanji dari dulu :) Sayang Robin William dah takde :(

    ReplyDelete
  5. i watched this for 3 times hahahaha

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.