Wattpad - Aplikasi Untuk Ulat Buku | Korang pernah baca fanfiction, novel online ataupun karya-karya penulisan secara online tak? Kalau korang pernah dan suka, mesti korang pun suka dengan Wattpad.
Zizie tahu pasal wattpad ni pun sebab kawan ofis zizie suka baca cerita kat wattpad ni. Macam menarik pulak sebab novel-novel semua ada dekat kampung dan zizie pun dah jemu nak baca novel-novel jalan cerita yang tersangatlah klise sebab dah banyak diadaptasi menjadi drama atau movie.
Zizie terus download aplikasi wattpad ni di Play Store. Kalau tak nak download pun, boleh je terus ke laman web Wattpad www.wattpad.com.
Kalau tak pernah sign up, korang kena sign up dahulu di laman web tu. Cuma ikut sahaja langkah-langkah mudah untuk sign up. Tak susah mana pun. Selepas verify akaun korang, terus boleh baca mana-mana genre cerita yang korang suka. Siap boleh save buku tu supaya lepas ni senang nak baca.
Wattpad ni memang mesra pengguna. Dia akan notify kita berapa lama lagi bacaan kita akan habis. Kalau nak sambung bacaan, tapi kita dah lupa stop sampai mana, dia akan notify kita dan terus link ke bacaan yang terhenti. Wallah! tak payah susah-susah nak mencari.
Kalau korang suka menulis, korang boleh je post kan karya korang kat wattpad (rujuk icon pensil). Kita boleh tahu berapa ramai orang yang view, vote dan komen cerita tu. Semuanya free of charge. Untung-untung, kemungkinan dapat publish buku. Hekhek.
Kalau sesiapa ada akaun wattpad, sudi-sudilah follow zizie walaupun tak ada publish cerita pun. Zizie lebih suka membaca. Hehe. Sekarang, zizie lebih suka follow karya-karya daripada penulis-penulis fixi dan terfaktab.
Jom membaca.



