kisah ni berlaku masa aku buat foundation kat UiTM Puncak Alam..
setiap kali hari jumaat, aku akan membuat serbuan..
al maklumlah.. kadang-kadang budak lelaki ni malas nak ke masjid tunaikan fardhu kifayah, Solat Jumaat..
tak pasal-pasal aku dengan kawan aku kena wat kerja sambilan..
takpe.. berdakwah kan :)
blok asrama budak lelaki diserahkan kepada kumpulan kawan-kawan yang lain..
lagipun, aku tak berminat ngan boxer2 dorang..
aku dengan kawan aku ni, ditugaskan ke area lecturer hall..
port yang selalu kitorang serbu ialah TANDAS or in international language, TOILET!!
okay, toilet kat lecturer hall banyak kot!!
korang boleh bayangkan betapa besarnya jasa kitorang sebab tak nak kaum adam ni lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim?
dorang kan bakal pemimpin sebuah institusi kekeluargaan..
ssshhhh!!! suspek berada di dalam..
HAHAHAHA *evil laugh!!*
cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata..
kepada kaum adam di luar sana, laksanakanlah tugas korang dengan Dia..
macam mana nak memimpin kitorang kalau korang pun tenggelam timbul je ni?? hihi..
nota zizie : gambar di atas diambil selepas final exam.. kitorang budak nakal yang low profile ;)


