Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!
Dah lama zizie tak touch up blog. Bila boring duduk kat rumah, saja-saja jelah godek laptop. Hasilnya, terbentuklah sebuah header baru. Zizie ni bukan jenis kreatif sangat. 80% buta seni gitu.
Untuk membuat header seperti di atas, korang memerlukan Microsoft Excel 2010, Microsoft Word 2010, dan background atau gambar pilihan hati. Boleh saja menggunakan Microsoft berlainan version asalkan ianya mempunyai function yang diperlukan.
Langkah pertama ialah buka Microsoft Excel anda
TULISAN
1. Klik Text Box di tab Insert dan letakkan di ruangan kerja.
2. Masukkan perkataan dan ubah font mengikut kehendak sendiri.
3. Untuk memudahkan visual working, klik tab Home.
4. Highlight perkataan dan klik Middle Align dan Center. Perkataan anda akan berada di tengah-tengah Text Box.
BACKGROUND
1. Klik tab Insert dan kemudian klik Picture.
2. Pilih background pilihan anda.
3. Untuk mendapatkan bentuk awan, klik tab Format di bawah Picture Tools.
4. Klik anak panah kecil di bawah Crop. Pilih Crop to Shape dan kotak dialog Shape akan keluar.
5. Pilih bentuk awan atau pilihan sendiri.
6. Gambar akan cropped mengikut bentuk tersebut.
7. Untuk meletakkan Background di belakang Tulisan, bawa Background kepada Tulisan dan klik Send Backward di tab Format.
GAMBAR
1. Seperti BACKGROUND, klik tab Insert dan klik Picture dan pilih gambar pilihan hati.
2. Untuk remove background yang tidak diinginkan, single klik pada gambar tersebut dan klik Remove Background
3. Apabila Remove Background diklik, Gambar anda akan menjadi seperti gambar di bawah.
4. Ruangan purple ialah bahagian yang akan dibuang. Oleh itu, selaraskan kotak tersebut untuk mendapatkan imej yang tidak mahu dibuang.
5. Klik pada mana-mana ruangan selain daripada gambar di atas dan akan mendapat hanya imej yang ingin di simpan.
GROUP
1. Susun Tulisan, Background dan Gambar mengikut selera masing-masing.
2. Tekan Ctrl dan tanpa melepaskannya klik Tulisan, Background dan Gambar.
3. Klik Format di bawah tab Picture Tools dan klik Group.
4. Gambar, Tulisan dan Background telah menjadi Group.
SAVE AS PICTURE
1. Klik pada tab Home.
2. Klik anak panah kecil di tepi Copy dan pilih Copy as Picture
3. Kotak dialog Copy Picture akan muncul dan klik OK.
4. Buka Microsoft Word. Pada tab Home, klik anak panah di bawah Paste dan pilih Paste Special.
5. Kotak Dialog seperti di bawah akan muncul dan klik OK.
6. Right klik pada gambar dan Save as Picture.
Selamat Mencuba!