Mencegah Bakteria Dengan Menggunakan Bawang Merah | Siapa sangka sebenarnya bawang merah yang selalu digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk mengubati penyakit. Setiap yang berada di muka bumi ini ada baik dan buruknya bergantung kepada cara penggunaannya.
Petua ni, zizie baru belajar semasa Ilma, anak buah zizie asyik demam this lately. Ilma ni susah sikit nak demam. Kalau demam pun, tak sampai satu hari. Tapi, kali ni lain pulak pe'elnya.. Kalau budak-budak demam, biasanya waktu malamlah suhu badan akan meningkat berbanding di siang hari. Menurut doktor, bakteria atau virus lebih aktif di waktu malam kerana suhu di waktu malam sesuai untuk bakteria dan virus. Tambahan pula, Ilma dah dijangkiti selsema. Kalau ke klinik kesihatan sekarang, klinik takkan sediakan ubat batuk dan selsema untuk bayi yang berusia setahun dan ke bawah kerana pernah berlaku kes kematian bayi.
Kemudian, ada kawan angah berikan petua ni. Senang saja dan tak perlukan bahan apa-apa. Cuma potong bawang merah itu bulat-bulat dan letakkan di dalam ruang tamu atau bilik. Jangan pulak ditabur merata-rata bawang merah tu. Cukup diletakkan hirisan-hirisan bawang merah di dalam bekas kosong sahaja. InsyaAllah, demam dan selsema kebah. Esoknya, hirisan bawang merah ni dah jadi kaler hitam sebab dah serap bakteria. InsyaAllah, demam akan kebah. Batuk dan selsema pun akan reda.
Menurut bacaan zizie, ramai doktor yang tidak bersetuju yang bawang merah ni mampu menyerap bakteria. Walau bagaimanapun, bawang sememangnya mengandungi sulfur yang menjadi detox dan membantu badan mengeluarkan toksin. Bawang juga merupakan anti-radang, anti-biotik dan anti-virus secara semulajadi. Tetapi khasiatnya dikatakan hanya berkesan untuk dimakan.
Ini hanyalah sebahagian ikhtiar dan berkesan terhadap anak saudara zizie. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan segera ya. Jangan dibiarkan melarat pulak. Sekarang pun kalau Ilma naik merah-merah (sebab ilma kulit sensitif), petua ni tetap digunakan.
Selamat mencuba readers!
![]() |
| sumber: google |