Kad Bisnes Yang Kreatif Dengan Harga Berpatutan | Yeay! After many years blogging, baru sekarang zizie ada bisnes kad sendiri. Oh, sila abaikan link blog lama zizie. Zizie tempah sebelum beralih kepada domain. Sayang pulak nak tempah yang baru sebab banyak lagi.
Sebagai seorang blogger, perlu ke ada bisnes kad? Bagi zizie, ya. Lebih-lebih lagi bila ada gathering blogger, takkan nak sebut mulut je blog korang. Memang dorang tak ingat la link atau nama blog korang kecuali korang seorang blogger yang famous. Bisnes kad ni dapat la membantu korang dalam meluaskan networking korang. Bukan sahaja blog, mana-mana laman sosial jugak boleh diletakkan di dalam kad bisnes korang macam zizie punya tu. Haa. So, siapa cakap orang yang ada bisnes je boleh buat kad bisnes?
Kalau korang ingin menempah kad bisnes (business card) yang kreatif dengan harga berpatutan, bolehlah menempahnya dengan Encik ST. Design kad bisnes ini, Encik ST sendiri yang tolong pilihkan. Cantik dok? Hehe. Bukan itu sahaja, servisnya pun cepat. Dalam masa 3 hari, dah siap design dan printing berserta free postage. Harga sangat berpatutan untuk servis yang mesra pelanggan daripada Encik ST. Sesuai perkhidmatannya untuk orang yang tak berapa kreatif seperti zizie.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, bolehlah menghubungi Encik ST di facebook beliau, fb.com/EhAyieLaa. Bukan sahaja blogger, malah businessman atau businesswoman pun boleh membuat tempahan dengan beliau.