Assalamualaikum w.b.t
Heyyo GG!
minggu lepas, time presentation day, ada kawan aku pasangkan satu music video..
Ylvis - The Fox (What Does The Fox Say)
masa mula-mula dengar tu, rasa macam apa benda la lagu ni.. mengarut-ngarut je..
tapi, ada attractive la lagu ni..
terus cari kat youtube..
so, in summary, lagu ni mempertanyakan apa bunyi musang..?
"but there's one sound that no one knows"
dan bila aku tengok video ni kali kedua, baru aku perasan ada dua orang yang menyanyi..
ciss! mati-mati aku ingat Ylvis ni dah memang nama penyanyi dia..
Ylvis asalnya komedian duo yang terdiri daripada adik beradik Ylvis - Bård and Vegard Ylvisåker
dorang ni berasal daripada Bergen, Norway...
masa kecik-kecik, dorang dapat pendedahan bermain alat muzik..
| Dari kiri : Bård and Vegard Ylvisåker |
awal tahun 2000, dorang dah terlibat dalam industri entertainment dan akhirnya dorang mempunyai rancangan sendiri..
bukan setakat tu je, dorang pun ada buat konsert..
aku saja-saja jela tengok video dia, memang dorang ni talented gila ahh..
padahal aku tak faham pun apa dorang cakap.. ekeke..
awal 2003, dorang dah ada musikal show yang bertajuk, "Ylvis - A Concert"
September 2013, lagu dorang The Fox ( What Does The Fox Say) menjadi viral di youtube..
the song is so catchy dan ada sense of humor..
dan akhirnya adik beradik Ylvis ni menjadi tarikan international..
