Selamat Hari Raya Aidilfiti | Assalamualaikum kepada pembaca blog zizie. Andai terdapat kekhilafan sepanjang penulisan zizie di dunia blogging ini, zizie menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf.
Long story during Ramadhan and Syawal will be updated soon.. stay tune guys ;)
Hari Raya Aidilfitri 2015 | Selamat Hari Raya Aidilfitri readers! Sebelum zizie bercerita sakan, zizie mohon maaf jika ada salah silap sepanjang zizie ber-blogging. Maaf zahir & batin :)
Hari raya pertama, tak adalah meriah sangat sebab kakak dan abang yang berkahwin beraya di rumah mertua dan di perantauan. Pagi raya bersalaman dengan mak dan abah. Nak ambil gambar satu family pun susah sebab selepas sembahyang raya je, adik-adik pergi berjalan raya. Jadi, yang mana ada jela yang pergi berjalan raya ke rumah saudara mara. Petangnya, zizie beraya di rumah #bloggerkakimakan abang Sohoque. Terima kasih abang sohoque atas layanannya.
Bukan selalu dapat bermanja dengan abah.
Mak mengusik abah. hihi.
Terima kasih abang sohoque! :)
Raya kedua, meriah la sikit bila abang Pi dan Angah balik kampung. Tak sabar sebenarnya nak bermain dengan my nieces, Dhiya Humaira & Nur Ilma Arissa. Dah besar dah dorang ni.
Nur Ilma Arissa
Dhiya Humaira
Raya ketiga dan keempat, kitorang sambung beraya ke rumah saudara mara yang lain. Boleh dikatakan, waktu malam baru ada dekat rumah sebab time raya pun abah kerja jugak waktu malam. Zizie pun tak ada kawan-kawan yang datang beraya. sobsob. :(
selfie with Mak
with Angah & Abang Ngah
Tapi, seronok beraya macam mana pun, terusik pulak hati ni bila tengok keadaan saudara abah yang terlantar di atas katil kerana strok. Dalam kita bergembira, ada juga yang tak dapat menyambut Hari Raya yang mulia ini seperti biasa. Rasa nak menangis jugak la bila tengok keadaan mak cik. Tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Tabahnya suami dia menjaga dia seorang diri. Walau bagaimanapun, Hari Raya perlu diraikan kerana ianya merupakan satu kemenangan kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa. Once again, Happy Eid Mubarak readers!