Last weekend, zizie telah diheret oleh kawan zizie yang meminati brand tempatan. Zizie bukannya tak minat local brand, tapi zizie ni memang tak reti pasal branding bagai ni. Baju pun jarang beli. Asalkan murah, cantik dan selesa dipakai, zizie tibai aje. Back to the topic, kawan zizie telah heret zizie ke Tempatan Fest 2015 di MBMB Melaka.
![]() |
credit to Tempatan Fest |
Antara local brand yang membuka booth di sana ialah 27 Legacy, Rumi Jawi, KECO, Arte dan macam-macam lagi!
Memandangkan di hujung semester ni zizie tak ada la tengah "kaya" sangat, so zizie mencuci mata melihat hasil kreativiti anak Malaysia kita. Good job la uolls! Hopefully di masa akan datang local brand kita menembusi pasaran antarabangsa.
HOWEVER!!
Zizie tak pulang dengan tangan kosong. Adalah sedikit tangkapan kecil semasa ke sana. Penat iolls mandi peluh, takkan nak balik macam tu je. ye dok.
Zizie sempat grab sehelai tudung daripada Baby Shawl. Dari jauh dah terpikat dengan corak dia. Hehe. Murah pulak tu. Zizie simpan pakai untuk raya nanti. Lepas tu, layankan kawan zizie ni beli button. Yeah! Tambah koleksi One Piece.
And as you can see, Zizie borong buku-buku dari booth Projek Buku. Awek Chuck Taylor karya Nami Cob Nobbler dan Babi karya Azwar Kamaruzaman. Ini buat stok bacaan after habis final exam.
Berjalan-jalan waktu tengah hari panas terik ni, memang buat orang dahaga. Nasib baiklah ada booth Ayaq Botoi ni.
Sedih pulak ayaq teh ais dah habis. So I quench my thirst with ayaq kopi. Ya Allah... sedapnya! Yang lagi sedap tu, rasa ayaq kopi orang kampung bcoz Zizie memang suka minum kopi orang kampung. Sesuai betoila dengan tagline dorang Warisan Kampung Citarasa Moden. Packaging uolls sangat comel. Sayang nak buang botoi ni.
Satu hari berjalan layankan kawan zizie ni. Turun melaka semata-mata nak pergi Tempatan Fest sebab terlepas Tempatan Fest kat tempat dia. Kalau korang pun nak pergi ke Tempatan Fest dan tak nak ketinggalan macam kawan zizie ni, boleh la cekidout di facebook Tempatan Fest. Next destination will be in Johor. Jom support local brand pulak!