Dah nak dekat sebulan dah aku dapat buku-buku ni tapi baru nak buat entri. Sorry peeps. So busy and not very well this week - slightly flu. Tak nak cerita pasal penyakit okay. Kita straight alkisah buku ni.
So, how I got 6 books for RM 100? Murah kan? Kebetulan tengah scrol twitter, lalu pulak iklan terfaktab tengah buat jualan borong 6 buah buku untuk RM100. Terus tanya encik tunang sebelah, "Bro, lu nak beli buku tak? kita share la 50-50". Dengan penuh macho dia rileks je setuju. Ni sayang my partner in crime ni. Tapi kan, masalahnya bila nak pilih buku. Aku nak satu buku je dan dia nak dua buku je. Memang buku yang aku nak tu dah habis dah kat MPH so bila ada golden chance cenggini, I really want it!. Korang jangan nak hasut aku beli kat bookstore online okay. Aku takut terboros. Huwargh!
Tilik punya tilik, kitorang pun decide untuk membeli buku-buku seperti di bawah:
1. Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima
2. Catatan Matluthfi
3. Momen2 Matluthfi
4. Pilo Toq
5. Cerita Seram 3: Syaitan
6. Village People
Tiga antaranya, aku dah sedia maklum sinopsisnya macam mana dan tiga yang lain, kitorang gamble je pilih ikut sedap tajuk. Encik tunang la dia suruh aku jer pilih buku-buku yang lain. Ceh! Lu kena redha la bro dengan pilihan-pilihan aku. Proses selepas pembayaran mengambil masa tiga hari dan hari ketiga dah selamat sampai kat tangan kitorang. Yippie!
But guess what? Kitorang tak ada masa nak baca buku-buku tu. Teruk kan? Adalah aku baca satu buku tapi baru separuh je. Huhu. Encik tunang? Hmm. Hampeh. Satu pun tak baca lagi. So, we need your assistance. Apa kata korang tolong pilihkan satu buku untuk aku baca. Aku je, Tunang aku tu tak perlu sebab dia busy aje memanjang. Lepas aku habis baca, aku akan buat buku review. Okay?
Mana nak tahu kot korang nak tahu isi kandungannya macam mana kan? So, thank you in advance kepada yang sudi ye. Hee :D