Assalamualaikum wbt
Ujian dan cabaran datang dan pergi. Begitu juga sakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tiap-tiap diri akan berasa mati. Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kami, kamu semua akan dikembalikan.”
(Surah al-Anbiya’ : 35)
Allah SWT juga telah menyatakan di dalam di dalam al-Quran bahawa setiap orang yang beriman pasti akan diuji dan pastinya ujian yang Allah SWT berikan bukanlah sia-sia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?”
(Al-Ankabut : 2)
Agaknya ramai yang sudah penat mendengar ujian…. Ujian….ujian….. Tetapi itulah hakikatnya. Berapa banyak perkara (ujian) ini disebut di dalam al-Quran untuk mengingatkan kita mengenai ujian dan dugaan yang akan dimiliki oleh setiap insan. Ini menunjukkan bahawa ia sesuatau yang normal jika diberi ujian, sama ada dalam bentuk susah ataupun dalam bentuk kesenangan. Dengan ujian ini Allah ingin mendidik jiwa kita dengan sifat sabar.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” –
(Al-Baqarah:153)
Hikmahnya orang yang diberi ujian adalah jika susah hati kita akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tunduk dan merendah diri di hadapan Allah SWT. Ramai dikalangan kita yang sebegini. Malah kita juga akan lebih khusyuk dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya. Dan saat itu, walaupun sedang diuji, ternyata sungguh menenangkan dan seolah-olah begitu hampir dengan Allah SWT. itulah tandanya Allah SWT masih sayangkan kita supaya kita balik ke pangkal jalan.
Subhanallah! Penyayangnya Engkau Ya Allah… bergembiralah dengan ujian kerana pasti ada kesudahannya dan ianya bersifat sementara. Manakala kematian adalah tempat istirehat bagi orang yang soleh setelah berpenat dengan ujian dunia dan ia merupakan tempat yang kekal abadi.
Rakan blogger kita, Ika serta Briged Bakti Pembina Melaka telah organize Operasi Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir. Sedih juga tak dapat sertai Ika sebab sekarang tengah busy dengan final exam.
Briged Bakti Pembina Melaka mengadakan OPERASI BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR di Jasin. Fokus kami adalah untuk mengumpulkan barang2 sumbangan seberapa banyak yang mungkin untuk keperluan saudara kita di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan lain-lain negeri terlibat.
Beritahu pada saudara-mara, jiran-jiran, officemate, classmate dan sebagainya. Sebarkan pada semua.
LOKASI PENGUMPULAN SUMBANGAN:
BALAIRAYA KAMPUNG AIR BAROK, JASIN
28-31 DIS 2014 | 10 PAGI - 9 MALAM
Kami juga memerlukan volunteer untuk bergilir-gilir menguruskan barang2 sumbangan. Berminat sila hubungi 019-6048858 (wakil Briged Bakti Pembina Jasin)
Semoga sumbangan dan bantuan dapat meringankan beban mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan
Mohon sebarkan. Untuk share di facebook, sila klik di SINI dan share.