Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur

15.12.12

Membersihkan tempat tidur.

dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda : 
Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya.
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
Membaca Doa
 membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas serta disambung dengan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali dan ayat kursi dihembus pada tapak tangan serta disapu pada tubuh badan dengan membaca doa :
اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك.
Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.
 (Riwayat Bukhari ; Adabul Mufrad)

Tangan kanan di bawah pipi kanan

Jika hendak baring, antara yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan ketika tidur. Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ mengenai adab tidur.

Sumber : Pusat Islam UTeM

nota zizie : sweet dreams ;)

You Might Also Like

2 comments