Ragam Penjual Insurans

4.3.17
Ragam Penjual Insurans | Bila terbaca status facebook kak Ita tempoh hari, terus saya teringat pengalaman saya sendiri dan beberapa orang kawan saya. Bukanlah nak memalukan sesiapa. Cuma mahu berkongsi cerita dan mungkin ada yang ingin berkongsi pengalaman.


Pengalaman sendiri

Waktu tu saya tengah study untuk final exam. Bila dah final year, memang kena buat betul-betul kalau tak nak pointer jatuh. Jam dah nak hampir pukul 11 malam, tetiba ada orang call. Nombor yang hubungi saya tu nombor handphone so, saya jawab jela. Mana nak tahu kalau member yang call nak tanya soalan spot ke apa.

Tup! Tup! Ejen insurans daa.. Saya dah tak ingat insurans apa, kalau saya ingat pun tak naklah saya bagitahu. Hehe. Perbualan kami lebih kurang begini:

Ejen: Ini cik Nurul Farahizzati ke?
Zizie: Ye saya.
Ejen: Saya nama sekian-sekian dari entah-insurans-mana. Saya nak tanya cik masih belajar atau dah bekerja?
Zizie: Belajar.
Ejen: Oh! Belajar ye. (terdiam seketika). Tak apa cik. Kami sebenarnya nak promote....

Dan bermulalah aksi mempromote. Eh, ini zizie kot. Ingat senang ke angin rajin study nak bersemadi. Tak boleh bagi chance.

Zizie: Eh, encik. Saya tengah belajar lagi. Ini pun tengah study ni esok ada exam. Lepas saya habis belajar kita sambung sembang pasal ni boleh?

Ejen tu terus letak telefon dan sampai saya dah habis belajar dan bekerja sekarang, ejen insurans tu tak ada call saya langsung. Sampai hati dia kan. Eh! hehehe.

Kawan #1

Ini kisah housemate saya. Saya tak ada la masa dia mula-mula jawab panggilan tu. Masa saya tengah lalu depan bilik dia, saya tengok dia dah mengangguk serupa burung belatuk. Lepas tu macam tengah melayan orang dalam panggilan phone tu tak ikhlas langsung. Saya terus la dekat dengan dia, "Ye. Ye. Ye. Ye. Ye. Ye. Ye.", yang itu ajela keluar dari mulut dia.

Saya buat kening double jerk yang bermaksud, "Kau ni tengah cakap dengan siapa sampai macam kucing nak beranak?" Dengan isyarat mulut dia menjawab, "Orang insurans" Saya tak tahu nak gelak ke nak kesian masa tu. Hihi. Sumpah muka kawan saya masa tu macam nak nangis pun ada sebab ejen tu boleh tahan lama juga la dia berceramah.

Tapi saya puji la dia, "Kau berjaya mengharungi ujian listening (pendengaran) dengan jayanya." Lepas tu kawan saya halau saya keluar dari bilik dia sebab dia nak study untuk listening test MUET dia. Hehe.

Kawan #2

Yang ini berlaku dekat colleague tempat kerja lama saya. Katanya, masa tu dia on the way balik kerja. Ada orang call dan dia pun angkat la panggilan tu dan korang pun tahu siapakah gerangan si pemanggil.

Kawan saya tengah drive and without handsfree dia nak kena melayan bebelan ejen insurans. Kawan saya ni dah lah tak berapa cekap memandu. Kang terbabas di tengah jalan raya busy (waktu balik kerja kan) kang naiya.

Kawan: Cik, saya tengah drive ni. Lemme arrive my destination first.
Ejen: Cik, dengar dulu penjelasan saya. Insurans ni bagus blaa.. blaa..
Kawan: Cik, faham tak saya tengah drive. Boleh merbahayakan nyawa saya tahu tak?

Terus kawan saya letak panggilan tu sebab ejen tu di samping dia menjual insurans nyawa dia juga merbahayakan nyawa kawan saya. Adakah ini salah satu marketing strategy mereka? Who knows.

Kita ni kalau nak promote barang, tak menjadi masalah. Tatasusila kenalah jaga. Saya agak menitik beratkan profesionalisme bila berkaitan dengan kerja dan lebih-lebih lagi dari segi customer service. Kalau cara pun dah tak kena atau dalam bahasa kasarnya DESPERATE, awak sebut satu perkataan pun orang dah cabut lari.

Ejen insurans di luar sana jangan pula terasa ye. Ahli keluarga saya pun ada juga yang menjadi ejen insurans. Take this as a lesson. *WINKY*

Treat your customer like a king. Not be bossy like they are your slave.

Bagaimana pula dengan korang? 

You Might Also Like

26 comments

  1. Betul tu Kak Zizie. Kadang2 ada yang menipu, lagi2 kat kampung pergi rumah makcik pakcik tua yang tak tahu apa2. Duk pong pang cakap itu ini. Orang termakan dengan kata2. Lepas tu datang kutip duit bulan2. Tup tup lepas beberapa bulan dah tak datang dan senyap. Itu maknanya bawak lari duit orang. Marah betul dengan orang2 yg tak bertanggungjawab ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa.. ingatkan skim cepat kaya je ada.. sbb tu dulu kecik², mak akak suh anak² gi tgk sape yg dtg. Kalo golongan² camni dtg, jawab je mak abah sy xde kt rumah. Hehe.

      Delete
  2. Ejen insurans ni suka call tak kena tempat. Kadang2 kita dah cakap dah kita sibuk and tak sempat nak bercakap tapi still cakap 5 minit 5 minit. Masalahnya 5 Minit dia tu macam 5 jam kot. pernah sekali tu dia call time saya dalam lecture hall. itu pun nak teruskan bercakap juga haih. tapi memang rasa geram juga dengar kalau dia cakap "bazirkan untuk bla bla bla boleh tapi untuk kebajikan bla bla tak boleh pula".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol.. suka btol ckp 5 min dia.. xtahu 5 min dia azab bg org yg tgh sibuk. Nsb baik sy xpernah jumpa lg yg quote mcm tu. Kalo jumpa, mahu kena brainwash.

      Delete
  3. elsa jenis takkan angkat nombor yang elsa tak kenal. tak kira lah office ke nombor personal ke. sebab nak mengelakkan semua nie lah. tapi yang try hard nak cakap dengan elsa tuh hari hari dia akan call elsa. hari hari jugak takkan angkat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalo no hp sy angkat. Kalo no ofis, sy tgk dulu. Kalo rs xpernah berurusan, jgn harap sy nk angkat.

      Delete
  4. Kadang-kadang diaorang nak buat sale tapi siap perli-perli, dah macam ajak masuk MLM je, tapi pelik, mana dia dapat no phone kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. yg itu pun salah satu yg sy bengang.. kwn sy ckp biasanya dorg drpd org bank. Sahih atau tak, saya tak tahu pulak.

      Delete
  5. Diaorg memang gigih memujuk Zizie.. Kalau akak dapat panggilan insurance akak akan kata "Maaf saya tak berminat." So far mereka faham tapi ada jugak tak faham2, huhuhu 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang faham tu takpe. yang tak faham tu dahlah tak nak faham, lepas tu melebih-lebih.

      Delete
  6. Zizie...subhanaAllah wajah baru blog adik akk sorang ni ya....alhamdulillah..sihat Zie...
    Akak oernah kena sekali...masa tu akak nasih kerja..waktu memang tengah meeting..yang sedihnya akak cakap "maaf saya tengah meeting,,bos semua tengah berbincang..insyaAllah mungkin boleh bincang lain masa" boleh dia cakap "zaman sekarang ni orang yang tak ambil insurans adalah golongan yang kurang cerdik dan ketinggalan.."..huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sihat kak jua.. kak jua sihat?

      isk2.. ada ke patut cakap kurang cerdik.. tak patut betul!

      Delete
  7. tak pernah kena lagi maybe sebab duduk jauh. kalau say acakap okay, okay pastu tutup telefon kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak letak jela henfon jauh2 biar dia cakap sorang diri. hehehe.

      Delete
  8. belum pernh lagi dapat call yg macam ni,tapi kalau saya dapat call macam tu time tengah drive of course akn rasa marah hahaha yelah nanti kalau ada accident ke apa mana ada diorang nak bertanggungjwb aihh panas pulak hati ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sha.. xsempat nak beli insurans nanti.. heh.. jangan panas.. sejukkan hati ;)

      Delete
  9. haha lawak2.

    saya pun ada pengalaman dengan orang insurans ni, boleh baca kat blog saya.

    ayat kat dalam picture tu memang melampau lah, biadap sungguh!

    ReplyDelete
  10. belum pernah dapat call dari ejen insurans nie. sebab selalunya kalau nombor tak kenal jarang BV angkat kecuali yg dah call berkali-kali :D

    ReplyDelete
  11. fuh mcm2 cara eh dorg ni,mira belum pernah lagi behadapan mcm ni mungkin sbb setahun sekali je balik malaysia,so jarang didedahkan,

    ReplyDelete
  12. selalu jugak kene camni.. Tapi bila dia start nk promot tu terus putuskn panggilan.. malas nk layan.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Betul. kadang ada memutar belit sbb bagi dia cara sales dia gitu kan2. Tp jgn lupa pastikan memang kita ada takaful utk diri. penting tu. hehe

    ReplyDelete
  14. adoii mmg kawan zizie tu gagah dengar dr awal smpai abis, sis pun pena kena sekali pastu bila ada masuk no dari kl, confirm sis xangkat da haha

    ReplyDelete
  15. mane entah diorang ni dapat nombor tepon kite kan?? main terjah je call..

    ~wink~

    ReplyDelete
  16. Betul3x...Kak LeYa pun dah naik penat nak ngangkat call dorang.. kadang jadi fobia lak nak angkat kan.. hehehe

    ReplyDelete
  17. kalau dapat call dari ejen insurans, sy layan ja dengar. tapi, kalau time tu busy memang xlah nak layan

    ReplyDelete
  18. Antara sebab malas nak jawab col nombor tak dikenali macam nila. kadang orang insurans col tak kena masa. kalau bagi cakap, berjela pula. kalau nak tolak, kita gak yang serba salah kesian dia. apepun semoga dia dan kita sama sama dipermudahkan urusan masing masing.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.