Hari Raya Aidilfitri 2015

28.7.15
Hari Raya Aidilfitri 2015 | Selamat Hari Raya Aidilfitri readers! Sebelum zizie bercerita sakan, zizie mohon maaf jika ada salah silap sepanjang zizie ber-blogging. Maaf zahir & batin :)



Hari raya pertama, tak adalah meriah sangat sebab kakak dan abang yang berkahwin beraya di rumah mertua dan di perantauan. Pagi raya bersalaman dengan mak dan abah. Nak ambil gambar satu family pun susah sebab selepas sembahyang raya je, adik-adik pergi berjalan raya. Jadi, yang mana ada jela yang pergi berjalan raya ke rumah saudara mara. Petangnya, zizie beraya di rumah #bloggerkakimakan abang Sohoque. Terima kasih abang sohoque atas layanannya.


Bukan selalu dapat bermanja dengan abah.

Mak mengusik abah. hihi.

Terima kasih abang sohoque! :)

Raya kedua, meriah la sikit bila abang Pi dan Angah balik kampung. Tak sabar sebenarnya nak bermain dengan my nieces, Dhiya Humaira & Nur Ilma Arissa. Dah besar dah dorang ni.


Nur Ilma Arissa

Dhiya Humaira
Raya ketiga dan keempat, kitorang sambung beraya ke rumah saudara mara yang lain. Boleh dikatakan, waktu malam baru ada dekat rumah sebab time raya pun abah kerja jugak waktu malam. Zizie pun tak ada kawan-kawan yang datang beraya. sobsob. :(


selfie with Mak


with Angah & Abang Ngah
Tapi, seronok beraya macam mana pun, terusik pulak hati ni bila tengok keadaan saudara abah yang terlantar di atas katil kerana strok. Dalam kita bergembira, ada juga yang tak dapat menyambut Hari Raya yang mulia ini seperti biasa. Rasa nak menangis jugak la bila tengok keadaan mak cik. Tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Tabahnya suami dia menjaga dia seorang diri.

Walau bagaimanapun, Hari Raya perlu diraikan kerana ianya merupakan satu kemenangan kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa.

Once again, Happy Eid Mubarak readers!

You Might Also Like

30 comments

  1. WAHHH. SAKAN BERAYA YER. SELAMAT HARI RAYA KAK ZIZIE. MOHON AMPUN MAAF. HEE. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakan ikut org pergi beraya je eizz.. hahaha... kosong-kosong ye eizz ;)

      Delete
  2. seronok je tengok gambar dia sekeluarga.. kami adik beradik tahun ni tak bersalam pon dengan mak ayah.. parents semua dah takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sedih2 ezyra :) bersalam dengan adik beradik pun, boleh ;)

      Delete
  3. Alhamdulillah..salam lebaran zizie..hadiah sebulan berpuasa adalah syawal..meriah atau tidak bergantung bagaimana kita meraikannya..yang sihat merai yang kurang sihat dapat merasa kemeriahannya..in sya Allah..comel anak buah zizie..gigit pipi sikit...auuummm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. cuma sedih bila dia menangis tengok muka2 yg dia kenal.. :'(
      Ahaha.. tiap2 hari zizie gigit pipi dia. Nnt zizie tolong gigitkan utk akak..

      Delete
  4. Best sgt raya thn ni..ad si kecik debab...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha... first time beraya as a mother la kan.. :P

      Delete
  5. suka la ruang tamu rumah zizie tu..rumah bertiang ye..mesti sejuk je malam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. Dulu2 sejuk bila malam.. skrg malaysia dh panas.. kekadang tido xpakai selimut.. kalau hujan, baru cari selimut.. hehe..

      Delete
  6. Seronoknya dapat berhari raya bersama keluarga dan saudara-mara. Time ni lah rasa best kalau hari-hari, hari Raya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. kan kak ila.. lagi2 kalau jarang balik kg.

      Delete
  7. selamat hari raya! thanks singgah eh kak. ((http://ilmudipaparanskrin.blogspot.com/))
    btw, follow here, #Follower2668, Ray tu. :)

    ReplyDelete
  8. mak vogue u

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  9. Meriahnyaa raya dia. Selamat hari raya zizie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada kemeriahannya lg :) selamat hari raya ;)

      Delete
  10. Bestnye suasana raya keluarga Zizie... Salam Aidilfitri, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah zumal.. tapi, ni pun kurang sorang.. hehe.. kosong-kosong ye.. :D

      Delete
    2. Alhamdulillah zumal.. tapi, ni pun kurang sorang.. hehe.. kosong-kosong ye.. :D

      Delete
  11. pencarian blogger active 2015, cepat sebelum terlambat, cuma follow, komen & tersenarai blogger active​


    anaalthafunnisamisshieda.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya.. waa meriahnye... mohon maaf ye jika ada salah silap...


    Blogwalking sini

    Dah tua rupanya diri ini

    Jual Kain English Cotton Cantik

    ReplyDelete
  13. meriahnya raya.. btw selamat hari raya zizie rasa masih sebelum terlewat..hihihih :D

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya Zizie & tahniah sebab dah habis study

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.