Lebih Baik Diam
24.4.15
Assalamualaikum wbt
sumber: Pusat Islam UTeM
Setiap kejadian Allah SWT ada hikmahnya. Sama juga dengan ciptaan mulut yang satu, telinga yang dua, mata yang dua dan sebagainya. Telinga yang dua hanya berfungsi sebagai pendengaran, begitu juga mata yang dua adalah untuk tujuan yang satu iaitu melihat.. Berbeza dengan mulut yang dijadikan satu tetapi berfungsi lebih daripada itu. Dengan mulutlah kita bercakap, kita makan dan minum, keluar angin (sendawa), keluar benda-benda yang di’rejek’ (muntah) dan sebagainya.
Ada juga yang berpendapat bahawa, telinga yang dua dan mulut yang satu ini diciptakan supaya kita lebih banyak mendengar daripada bercakap. Ini semua adalah ujian untuk kita mengendalikan pinjaman Allah SWT kepada kita supaya berhati-hati dalam percakapan dan tidak hanya mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut sahaja.
Ini adalah kerana setiap apa yang kita lafazkan akan dicatit oleh Raqib da ‘Atid.
Firman Allah SWT :
"Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid."
(Surah Qaff:18)
Takutlah kita dengan ugutan Allah SWT bahawa semua perbuatan malah percakapan juga akan direkod dan dibicarakan di akhirat kelak.
Baginda Rasulullah s.a.w. turut bersabda, "Tiap-tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran."
Sunan Ibnu Majah
Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah s.a.w pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu." –
Musnad Imam Ahmad
Namun begitu suka juga dengan kata-kata hikmah daripada Ustaz Mustaffa Kamal bahawa:
“Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, dan diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia. Kerana bercakap yang baik-baik mendatangkan pahala dan bercakap yang sia-sia mendatangkan dosa”.
sumber: Pusat Islam UTeM
10 comments
betul.. terima kasih atas peringatan! :)
ReplyDeleteYes..betul dan tepat..nice sharing..akak like banyak banyak..mulut yang comel molek cute miut..mampu meretakkan silaturahim..membuat orang lain sembunyi balik pintu teresak esak menangis..paling tidak pun menjeruk rasa..mulut anugerah..kita mesti bijak untuk berbicara..adakala betul pada kita tapi tidak pada orang lain..fikir sebelum berbicara..
ReplyDeletekdg² lg byk bercakap lg byk menyakitkan hati org tanpa kita sedar..diam lebih baik..:)
ReplyDeleteSaya selalu ambil keputusan untuk berdiam diri kalau takde benda nak cakap :)
ReplyDeletebetui2.. ckp kurang xbrmakna pendiam ke apa tapi lebih baik dri pung pang pung tapi mcm ape tah.. huhuhu
ReplyDeleteIngatan yang baik untuk panduan kita... terima kasih Zizie...
ReplyDeletediam adalah ubat terbaik dari bercakap yang entah apa-apa...
ReplyDeletestuju., ada masa diam adalah yg terbaik.
ReplyDeletesetuju dgn post ni. Bila kita banyak ckp lagi banyak hati yang kekadang akan terasa dengan perkataan yg kita ungkapkan. Tapi kekadang manusia kan mudah lupa, bercakap sesuka hati mereka tnpa sedar ada hti yg trluka
ReplyDeleteperingatan yg baik cik zizie. inshaAllah akan terus perbaiki diri ini.. dan mulut ni.. hehe..
ReplyDelete