Seram: Mata Tak Berhijab

11.3.15
Assalamualaikum wbt

Hijab yang zizie maksudkan, tak ada kaitan langsung dengan mana-mana hijabista di atas muka bumi ini. Kalau tok zizie, dia panggil mata ketiga. eh, yang ini pula takde kaitan dengan iluminati. Hijab atau juga dipanggil mata batin ialah bila mana mata kita dapat melihat benda-benda halus atau dunia mistik.

Kalau cakap pasal hijab mata terbuka ni, automatik zizie akan teringatkan senior zizie masa sekolah asrama. Bila pukul 12 tengah malam, beliau dah masuk tidur sebab tak nak nampak benda-benda mistik ni.

Mata Tak Berhijab ialah sebuah blog kepunyaan  Zulkifli Ahmad Idrus atau lebih mesra dengan panggilan Apak. Nama blog dah bunyi semacam seram. Maka, isinya pun sama seramlah. Siapa yang suka baca kisah seram, mesti suka akan Apak, seorang novelis bergenre seram. Bukan cerita rekaan semata-mata, tetapi catatan pengalaman daripada beliau sendiri kerana Apak dikurniakan deria yang keenam (sixth sense) oleh Allah S.W.T.


Antara karya-karya beliau adalah seperti berikut:

  1. Kembara Kumbang : Gerbang Pelangi (dapatkan di JS Adiwarna)
  2. Mata Tak Berhijab
  3. Mata Tak Berhijab 2 : Di Sebalik Renungan
  4. Mata Tak Berhijab 3 : Jeritan dan Tangisan
  5. Damping
  6. E-Book Semeru 31.8
  7. E-Book Mata ke-3
  8. E-Book Damping 2 : Tuntutan Kebayan

InsyaAllah, beliau akan tampil dengan novel terbaru Mata Tak Berhijab 4.

Mata Tak Berhijab

Mata Tak Berhijab 2 : Di Sebalik Renungan

Semeru 31.8
Zizie suka apabila Apak nampak kelibat benda mistik, beliau menyelitkan "mereka juga makhluk Allah". Betul la kan. Mereka pun makhluk ciptaan Allah. Cuma orang yang tak biasa nampak ni, mestilah takut-takut kalau nampak benda pelik. Apatah lagi kalau dah lepas tengok cerita hantu pun dah takut nak ke bilik air. Selalu juga dinasihati yang kita ni tak boleh takut sangat dengan benda-benda sebegini sebab Allah Maha Berkuasa dan kita perlu lebih takut kepadaNya.

Apak ni seorang yang tidak lokek ilmu. Di dalam penulisannya, bukan sahaja semata-mata cerita seram  yang dikongsikan. Malah terdapat juga petua-petua yang berguna seperti petua di kedai makan. Walaupun baru sehari dua berkenalan, beliau sudi berkongsikan amalan untuk kuatkan semangat daripada dalaman. Haa. Sesuai sangat la kalau korang nak baca cerita seram, tapi takut-takut.

Amalkan:

  1. Selawat
  2. Ayat Kursi
  3. Bismillah 21 kali
  4. Al-Fatihah 7 kali
  5. Al Ikhlas 7 kali
  6. Mempelajari ilmu pertahankan diri yang bebas daripada tahyul dan khurafat.

Kalau korang dah rasa kuat semangat nak baca buku-buku Apak ni, boleh la dapatkannya di MPH online atau kedai-kedai buku lain dengan harga yang berpatutan. Atau langsung sahaja pertanyaan di facebook Mata Tak Berhijab Fans.

Selamat membaca dan jangan mengigau. ;)

You Might Also Like

21 comments

  1. Dah lama tak baca buku-buku Melayu yang genre macam ni.

    ReplyDelete
  2. Boleh lah order gratis ebooknya hehe

    ReplyDelete
  3. kalau nani memang tak bacalah yang seram2 gini. takutt . ahahha

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share. Saya peminat kaw kaw (eceh haha) genre thriller and seram. Tapi apasal saya baru tau pasal Apak T_T Rugi rugi. Hurm, thanks ya. =)

    ReplyDelete
  5. Saya ni tgh duduk sorng2 baca entry kak zizie ni pun dh seram dah. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun dah naik seram... Malam ni tidur awal la nampaknya...

      Delete
  6. cerita2 seram gni mmg akk xbrni nk bace..
    akk penakot.. hihi

    ReplyDelete
  7. macam seram je lah judulnya ni XDD

    ReplyDelete
  8. Fuyooo tak pernah tahu pun. thanks kenalkan :D

    ReplyDelete
  9. baca tajuk zizie pun dah takut2. hikhik. kalau baca siang2 takpelah. malam2 ni mmg tak lah. :D

    ReplyDelete
  10. waaaa. saya slalu x baca buku genre seram. tp mcm best je. hehe.. yes, sy pon nmpk mcm tu. Hantu tu cuma makhluk Allah, diorang pn mcm kita juga ada tmpt tinggalnya yg tersendiri.

    ReplyDelete
  11. nice review ;)
    mmg best baca blog Apak

    ReplyDelete
  12. inshaaAllah boleh cari ni dekat mph nanti, jom teman ika p mph nanti ea zie mihmihmih

    ReplyDelete
  13. layan jugak novel novel apak ni,,,,tgh tunggu jugak ni ,,mtb 4,,,mtb 1,2,3 daha ada,,huhuh

    ReplyDelete
  14. Kak Sha baca buku cerita seram pun dah boleh bawak dalam mimpi. Huhu T_T

    ReplyDelete
  15. syok gak bace novel seram... tapi xsyok bile bawak sampai ke dalam mimpi..fuhhh

    ReplyDelete
  16. nak sangat beli tapi belum ada rezeki. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  17. kami tatau pun ada penulis nama nih mwahahaha.. thanks bagitaw fufufufu XD

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.