Bila Nampak, Pasti Terkenang

26.1.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

pernah tak, bila korang pandang satu individu ni, secara automatik korang akan terkenangkan apa yang dia dah lakukan kepada korang.
tak kira la, kenangan manis, pahit, masin, masam, tawar mahupun tiga rasa.

zizie mengalaminya apabila ternampak satu individu ni di laman sosial.
nak jumpa face to face, kami berada di negeri berlainan pulak.

satu kenangan yang zizie tak akan dapat lupakan masa zizie di tingkatan satu dan sekelas dengan individu tersebut.
zizie masih lagi terkial-kial untuk menyesuaikan diri di negeri orang, Kedah.
zizie tak ada keyakinan untuk berkomunikasi sebab takut terkeluar bahasa Terengganu dan diejek oleh rakan-rakan yang lain.
bayangkanlah, kawan-kawan yang cakap KL pun, kena ejek, "diorang orang key yel". pergh~

satu hari, zizie cuba nak bercakap dengan individu tu, sebab dia jadi ketua tingkatan.
tapi, disebabkan rasa tak yakin, zizie cakap macam orang gagap.
terus kena tempelak, "kalau gagap, tak payah la cakap."
kot kalau ada sound effect, maybe boleh dengar kaca pecah masa tu.
zizie tak bercakap langsung dengan dia selepas kejadian tu.

sampailah sekarang, bila dia ada kat laman sosial, mesti tergiang-ngiang ayat dia tu.

pelik juga, sebab nak kata the incident is important to me, tak adalah sampai macam tu.
mungkin kesan kat hati la kot.
however, zizie tak adalah simpan dendam ke apa.
but, on the second thought, it so amazing the memory will recall back even i don't meet him and only saw him on the social network.

Bagaimana Otak Mencetuskan Memori?

untuk memori seperti yang zizie ceritakan, otak zizie telah mencetuskan gelombang theta.
gelombang theta adalah gelombang otak separa sedar yang memperkukuhkan memori, intuisi, kreativiti serta daya penerimaan informasi.


kita ambil contoh harian.
bagaimana kita dapat mengenal seseorang tanpa perlu berfikir.
memori yang disimpan seperti imej ataupun penulisan, terus dimainkan oleh otak tanpa kita sedari.
itulah yang dipanggil minda separa sedar dicetuskan oleh gelombang theta.

si theta ni pun, tak ada memori lain ke dia nak tayang.. =.=''
dan otak pula, merupakan organ manusia yang paling rumit sekali.
seram. nasib baik aku tak ambil medic. kuikui.

You Might Also Like

13 comments

  1. Benda2 sains ni memang msred tak paham... Bagi akk apa yg berlaku kehendak Allah.... Mungkin Allah nak zizie maafkan dia sepenuhnya....

    ReplyDelete
  2. bapak terasa kot klau kena atas kepala mcm gitu......Btw perkongsian minda yang baik zizie..tq :D

    ReplyDelete
  3. Pernah ada juga terjumpa di fesbuk sorang individu.. tengok je DP Cover fb dye terus teringat raya nak pelempang je muka dye.. Duit dye hutang dulu janji nak bayar sampai skrunk tak bayar.. cakap mengalahkan orang kaya..hampeh

    ReplyDelete
  4. Tergamaknya dia cakap gitu eyh. Hadoii.. Kesian kak zizie. Hah, kalau selalu tayang memori best2 tak apalah. Tapi, kalau teringat yang tak best hmmhhh...

    ReplyDelete
  5. kuikui :p
    hhehehee
    hebat kan otak kita :D
    subhanallah! :D

    ReplyDelete
  6. selalu jugaklah jadi camni. kalau saya nampak muka dia mesti teringat apa yg dia pernah kata kat kita dulu. tak kisahlah samada kutukan atau nasihat x)

    tapi kadang2 bila baca novel pun, ada ayat2 yang terkesan dihati. bila teringat balik dekat ayat2 dlm buku tu, terbayang muka penulis novel. haha boleh pulak camtu

    ReplyDelete
  7. wow agak laser mulutnya di situ. sentap. boleh jadi juga dia cuma nak bergurau dgn cik zizie..
    >.<

    ReplyDelete
  8. Yes betul zie..seolah setiap sorang tu ada tredmark sendiri..bila orang sebut pop kita ingat..walau tak nampak muka pun bila orang sebut tredmark..pop ingat lagi..tiba tiba teringat mercun pop pop..adoi..

    ReplyDelete
  9. miahahahaha..nasib baik ye? ika ni haa tak bernasib baik amik medic..macam nak gila dibuatnya....mujur tak gila je ni ahahahhah :P

    ReplyDelete
  10. ee kalau tengok sorang mamat ni.
    mesti teringat masa dia classmate ee.
    dia pernah jatuh dalam class. and ee lah orang yang paling kuat gelak sbb dia jatuh masa tu.
    hm. brutal kan kita?
    hahahahahhaa =DD

    ReplyDelete
  11. bende yang buat hati kite terkesan yang biasenye buat kite engat sesuatu memori tuh.. hu3

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.