Berpakaian Tetapi Telanjang

10.1.14
Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”

(Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.

Kakak memakai baju adik 8 tahun

Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.

Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.

Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.


Kepada lelaki yang bergelar suami, ayah, abang, dan sebagainya, bimbinglah isteri-isteri, kakak-kakak, adik-adik perempuan kamu dari menjadi bahan bakaran api neraka, selamatkan mereka dari menjadi tontonan khalayak dengan membuka aurat yang membawa kepada kemurkaan tuhanmu.

sumber : Pusat Islam UTeM

astaghfirullah al azim. terlekanya kita dengan pakaian yang cantik, mengikut trend sehingga kita lupa tentang garis panduan yang disarankan oleh Islam.
I'm trying to change slowly since i'm not a perfect muslimah :)

You Might Also Like

12 comments

  1. ika sebenarnya rimas kalau pakai baju ketat, seriously cakap rasa macam ada tak kena je, tengok orang pakai baju ketat pun ika yang terseksa tengok sebab fikir selesa ke?

    kalau ika pakai, alamatnya kena bebel dengan mama laa hewhewhew..along kenapa pakai baju ketat? kenapa pakai baju singkat? haa..kena bebel ngn mama pun dah rasa berapi2 telinga..abah pula, along baju ni jarang, no no, jangan guna, cari baju lain etc etc, so ika rasa mungkin dari parents juga banyak bantu ika dari segi pemakaian ni...

    ika sendiri pun nak jadi a better muslimah, sebab makin besar makin kita aware of benda2 tu sendiri betul tak? banyak manfaat kita tutup aurat ni... :)

    p/s : kita nak balik selangor dah ni..gedik lagi nak online blog hahaha

    ReplyDelete
  2. TQ syg for sharing this info...dunia skang dah berada di akhir zaman...dah kembali ke zaman jahiliah...ngeri akak tgk pompuan berfesyen skang...yg btudong, x menepati syarat² islam...yg berpakaian, sendat semacam...dah elok pakai jubah, jubah tu jenis yg melekap kat bdn plak...haishhh!!...

    alhamdulillah, anak dara akak dididik dgn menutup aurat sejak usia 8 tahun...skang nie dah berusia 11 tahun, senang hati akak tgk dia...klu kluaq umah mesti berlengan pjg...klu shirt tu tgn pendek, dia akan pakai inner...tudong pon dah xmo pakai yg senteng...abeh suma tudong akak kena rembat...xpe nak, amek laaa...ingt sahabat suma, yg berkahwin dosa anda tletak pada suami...yg bujang tu kasihanilah ayah anda...pesanan utk diri akak jugak..

    ReplyDelete
  3. tu yang patut dielakkan.. ermm, kebanyakkan kita payah nak buat, tapi takpe lah...semoga kesedaran itu datang sendiri, berdoalah..

    terima kasih zizie atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing.
    actually ee pun tengah dalam proses. i mean to be better than before.

    hm. thank you so much.
    love.

    ReplyDelete
  5. sama2 kita ubah diri :) aurat memang susah nak jaga, rasa leceh tapi bila dah lama lama paksa diri akan terbiasa juga.. akan ada hari timbul perasaan serba tak kena kalau pakaian kita tak tutup aurat..

    tutup aurat bukan sekadar bertudung aje ^^

    ReplyDelete
  6. hai zizie salam jumaat..
    betul tu apa yg zizie kongsikan kat n3 harini,tapi tak semua kita bepikiran yg sama,berpakaian tetapi telanjang..
    cara kita berpakaian juga mencerminkan siapa diri kita..:)
    tq zizie four this info sharing..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..moga dengan apa yang zizie kongsikan ini sedikit sebanyak boleh mengubah kita..aminn..jangan malu dengan kutukan manusia mengatakan kita tidak pandai bergaya..tp malulah dengan Allah..moga kita sentiasa berusaha untuk muslimah tercantik di syurga..

    ReplyDelete
  8. Ye zaman sekarang begitulah. Ramai orang pakai baju ikut peredaran zaman. Yg jarang jadi pilihan, kunun pakai inner kat dalam. Tapi kalau kurus nice2 tp stil jarang2, kalo demok, habis xtahan.. Malu le..

    ReplyDelete
  9. perkara macam ni dah berlaku pada zaman jahiliah lagi kan? dan sekarang berlaku lagi. dunia dah sampai ke penghujunnyer cik zizie an..

    ReplyDelete
  10. terima kasih, peringatan berguna. sedang berusaha berubah ke arah lebih baik =)

    ReplyDelete
  11. Pernah sekali keluar pakai baju pendek sebab emergency ya allah malu sangat berjalan rasa nak balik je..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.