Tukang Masak!

9.4.13
buka entri aku jadi tukang masak..hehe..
aku akui, aku ni tak reti masak..
masak air, megi, telur goreng, nasi, boleh la.. hehehe..

tapi, aku reti masak tiga jenis masakan yang memerlukan masa lebih dari 5 minit..
chewaahh.. kemain masa lagi!

1. siput sedut masak lemak cili api.
nak masak dan makan siput sedut ni, aku terima banyak tohmahan dan kata-kata sindiran. tapi, aku enjoy masak benda alah ni, sebab mudah. aku perhatikan aje barang yang mak campak, kemudian dah boleh masak sendiri. terer jugak aku ni sebagai makhluk yang malas. hahaha. kakak aku pernah kena marah sebab dia cuba masukkan satu sudu besar kunyit. hampeh! "aku nak masak siput sedut. bukan sup kunyit!". kakak aku ni rajin duduk dapur, tapi aku tak faham kenapa dia boleh buat silly mistakes.

2. kuey teow goreng.
aku tak pernah masak goreng-goreng sejak aku dengan adik kena marah pasal nasi goreng. masa tu, aku sekolah rendah lagi. bulan 3 tahun 2013, tiba-tiba roommate aku mengada-ngada tahi kuda setempek, mintak aku masakkan dia kuey teow goreng. aku garu kepala dan warning, "aku boleh je nak gorengkan tapi sila mengucap dua kalimah syahadah sebelum makan." masa memasak, kurang bahan! tak ada gula, garam dan pak haji naik motor. walaupun berbekalkan sos tomato dan kicap sahaja untuk memasak, Alhamdulillah! roommate aku cakap sedap. lagi sedap kalau bahan-bahan semua cukup. yippie!

3. telur dadar.
telur dadar kena la masuk dalam list! tapi, telur dadar adik aku lagi sedap. kadang-kadang aku mengada suruh dia masakkan bila mak tak ada. hahaha!! isi utama kitorang, bawang dan daun congkak. aku tak tahu bahasa luar panggil apa. tapi, itu la bahasa yang digunakan di kampung aku. tak ada kena mengena dengan permainan congkak mahupun jangan pandang belakang congkak.

noob? aah.. aku memang noob dalam bidang masakan.. hahaha!!
tapi, aku tahu la jugak nak kena campak bahan apa, mana yang kena mayang ke tak..
sekurang-kurangnya, aku terer dalam menyiapkan bahan-bahan masakan. tapi, slow sikit la.. hihi..

sebenarnya, aku sangat rindukan masakan mak :'(
mom is the best cook!
tapi, ada kawan-kawan aku yang mengaku mak dorang masak tak sedap.
erkk.. nasib baik mak aku pandai masak!




terliur kan tengok masakan mak aku..
kalau la doraemon wujud, aku nak rampas pintu sesuka hati dia!
boleh aku makan masakan mak tiap-tiap hari..




yang ini, aku masak!
yang mana nampak complicated tu, aku masak dengan kawan aku.. hihi..

itu la dia cerita tukang masak yang pemalas lagi tak berapa gempak.
aku lapar, nak gi cari makanan :P


You Might Also Like

8 comments

  1. bella lagi la tak reti masak kak oi . kemain berangan haritu lepas spm nak duduk dapur . padahal ..... hampeh ! hahaha

    ReplyDelete
  2. hehe.. tahniah2.. menjadi tu :D Hana tak suka masak.. err.. entah nape tak suka (-__-) baking suka lak.. menjahit pun suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. zizie xreti baking dan menjahit.. hihi..

      Delete
  3. hehe, kira terer laa tu dear...tak pernah try lg masak siput sedut.. :D
    btw masakan yg bawah sekali tu nampak sedapp sgtt dan complicated sgt nak masak kan..hehe :D ^_______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu perli ke apa.. betul la.. complicated ;)

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.